Utusan Borneo (Sarawak)

PM Belanda dakwa menang ‘besar’ pilihan raya didominasi COVID-19

-

THE HAGUE: Perdana Menteri Belanda Mark Rutte mendakwa meraih kemenangan “besar” dalam pilihan raya kelmarin dan berikrar akan menggunaka­n penggal keempatnya memegang jawatan untuk membina semula negara selepas pandemik COVID-19.

Sudah merupakan pemimpin paling lama berkhidmat di Eropah setelah 10 tahun memegang jawatan, keputusan pilihan raya menunjukka­n parti liberal Rutte jelas memenangi kerusi paling banyak di Parlimen setelah pengundian tiga hari dengan norma baharu.

Parti pro-EU D66, yang mencabar polisi Eropah Rutte sebagai sebahagian dari kerajaan semasanya, dijangka akan menduduki tempat kedua sementara pemimpin anti-Islam Geert Wilders hilang sokongan di tempat ketiga, ramal penyiaran awam, NOS.

Pemimpin popular Thierry Baudet, mendapat sokongan menggalakk­an dari undian golongan tidak percaya COVID-19 dalam negara yang baru-baru ini mengharung­i rusuhan paling buruk sejak berdekad-dekad selepas pelaksanaa­n perintah kawalan baharu COVID-19.

“Pengundi di Belanda telah memberikan parti saya undian keyakinan yang besar,” kata Rutte kepada wartawan di Parlimen.

Rutte berkata, “tidak semuanya berjalan lancar dalam 10 tahun terakhir,” termasuk peletakan jawatannya pada Januari kerana satu skandal yang menyaksika­n rakyat diklasifik­asi secara rasis dan dituduh menipu faedah kanak-kanak.

“Tetapi sememangny­a isu utama juga diketengah­kan untuk tahun-tahun akan datang tentang bagaimana untuk membina semula negara untuk melangkah ke hadapan selepas COVID-19, katanya.

“Saya mempunyai tenaga untuk 10 tahun lagi,” tambahnya.

Belanda merekodkan lebih 1.1 juta jangkitan dan 16,000 kematian dan ketika ini melaksanak­an langkah kesihatan paling ketat termasuk perintah berkurung dan penutupan bar dan restoran.

Jutaan pengundi membuang undi memakai pelitup muka dan dengan penjarakan sosial di pusat pengundian di muzium, gereja dan juga pos basikal lalu pada hari ketiga dan terakhir pilihan raya, yang lebih dipenuhi oleh respons kerajaan kepada pandemik. — AFP

Skandal vaksin COVID-19, penyiasat serbu Kementeria­n Kesihatan Ecuador

QUITO: Penyiasat menyerbu Kementeria­n Kesihatan Ecuador kelmarin sebagai sebahagian dari satu siasatan terhadap campur tangan bekas menteri kesihatan Juan Carlos Zevallos.

Zevallos meletak jawatan bulan lepas kerana satu skandal vaksin yang melihat individu yang mempunyai pertalian dengannya, termasuk ibunya, memotong senarai penerima suntikan vaksin COVID-19.

“Dalam operasi, maklumat mengenai pelan vaksinasi dan senarai mereka yang mendapat manfaat imunisasi vaksin telah dikumpul,” ciap pejabat pendakwa raya di Twitter.

Ketika meletak jawatan, Zevallos mengakui bahawa ibunya yang berusia 87 tahun dan “beberapa” orang yang rapat dengannya, sudah menerima suntikan antara 42,000 dos vaksin PfizerBioN­Tech yang diperuntuk­kan untuk pekerja dalam penjagaan kesihatan dan rumah warga emas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia