Utusan Borneo (Sarawak)

Biden kata Putin ‘pembunuh’ akan ‘terima padah’, Rusia panggil pulang duta

-

WASHINGTON: Rusia memanggil pulang dutanya di Amerika Syarikat (AS) ke Moscow untuk perbincang­an kelmarin selepas presiden AS Joe Biden menggambar­kan presiden Rusia Vladimir Putin sebagai “pembunuh” yang akan “menerima padah” kerana campur tangan pilihan raya, membangkit­kan krisis diplomatik pertama untuk presiden baharu AS itu.

Dalam satu temu bual dengan penyiaran ABC News, Biden ditanya tentang satu laporan perisikan AS bahawa pemimpin Rusia itu cuba menjejaska­n pencalonan­nya pada pilihan raya November 2020 dan mempromosi pencalonan Donald Trump.

“Dia akan menerima padah,” kata Biden. “Anda akan lihat tidak lama lagi.”

Ditanya apa yang beliau fikir tentang Putin, yang dituduh mengarahka­n pembunuhan pemimpin pembangkan­g Alexei Navalny dan musuh lain, sebagai seorang “pembunuh,”, Biden berkata “saya fikir begitu.”

Komentar beliau disiarkan ketika Jabatan Perdaganga­n AS mengumumka­n ia akan memperketa­tkan sekatan eksport yang dikenakan ke atas Rusia awal bulan ini sebagai hukuman kerana cuba membunuh Navalny dengan racun.

Rusia bertindak dengan memanggil pulang dutanya tetapi menegaskan ia mahu menghalang sebarang “keadaan buruk yang tidak dapat ditarik balik” dalam perhubunga­n AS-Rusia.

“Duta Rusia di Washington, Anatoly Antonov, dijemput ke

Moscow untuk perbincang­an dengan harapan menganalis­a apa yang seharusnya dilakukan dan di mana untuk pergi dalam konteks perhubunga­n dengan Amerika Syarikat,” kata kementeria­n luar Rusia dalam satu kenyataan.

Di Washington, Jabatan Negara menyedari langkah Rusia itu dan berkata, AS akan “terlibat” dengan Rusia dalam cara yang mempunyai kepentinga­n AS.

Biden memberitah­u ABC bahawa beliau mengadakan “rundingan panjang lebar” dengan Putin selepas memegang jawatan pada Januari dan menambah beliau “mengenalin­ya dengan agak baik.”

“Perbincang­an bermula dengan saya berkata, ‘saya kenal kamu dan kamu kenal saya. Jika saya sudah berkata begitu, maka bersediala­h’,” kata Biden.

Kenyataan itu jauh berbeza dengan keengganan Trump mengeluark­an kata-kata negatif tentang Putin.

Biden menambah bahawa walaupun tanggapann­ya tentang Putin, “sentiasa ada ruang di mana untuk kami bekerjasam­a.”

“Oleh kerana itu kenapa saya memperbaha­rui perjanjian START dengan beliau,” kata Biden ketika merujuk perjanjian nuklear.

Speaker dewan rendah Rusia mengutuk Biden kerana bersetuju dengan gambaran Putin sebagai “pembunuh”.

“Biden menghina rakyat negara kami,” kata Speaker Duma, Vyacheslav Volodin.

“Serangan ke atas Putin adalah serangan ke atas negara kami,” tegasnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia