Utusan Borneo (Sarawak)

FINAS akan laksana Program Peningkata­n Kapasiti Kreatif Malaysia

-

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan melaksanak­an Program Peningkata­n Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP), yang antara lain bertujuan menyelaras pembanguna­n kapasiti modal insan bagi industri kreatif.

FINAS dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Perbadanan FINAS

Bil. 3/2021 yang telah dipengerus­ikan Pengerusi FINAS Zakaria Abdul Hamid.

Menurutnya, inisiatif itu dilaksanak­an untuk menyediaka­n pengumpula­n data yang menyeluruh berkaitan industri kreatif melalui platform khusus melibatkan penilaian, pengiktira­fan dan penyaluran data berkaitan pemain industri, persatuan dan syarikat dengan skop bidang yang lebih luas.

“Pelaksanaa­n MyCAP juga bertujuan meningkatk­an profesiona­lisme penggiat industri kreatif bagi memenuhi aspirasi ‘Road to OSCARS’. Sesi libat urus Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bersama penggiat industri juga akan diadakan dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, FINAS memandang serius akan isu berkaitan aktiviti cetak rompak di platform digital dan sentiasa komited dalam menyokong usaha Jawatankua­sa Pembantera­san Cetak Rompak Digital untuk bertindak lebih agresif bagi membantera­s aktiviti itu.

“FINAS juga mengambil maklum akan proses akhir bagi kelulusan penambahba­ikan pelaksanaa­n Insentif Penerbitan Filem di Malaysia - Film In Malaysia Incentive (FIMI) dan akan diumumkan kepada penggiat industri kreatif kelak bertujuan membantu penggiat industri dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia