Utusan Borneo (Sarawak)

Reen Rahim dalam ‘Tebus’ dan ‘Hari Kita Bertemu’ di RTM

-

cantik Reen Rahim bakal muncul sebagai watak wanita utama dalam dua buah telemovie terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mac ini menerusi saluran TV2.

Disiarkan masingmasi­ng mengisi slot popular Citra di TV2 yang menayangka­n telemovie terbaharu terbaik, dan satu lagu diletakkan dalam slot telemovie menarik hujung minggu, keduaduany­a tampil dengan plot cerita kekeluarga­an yang berbeza.

Dalam telemovie diberi tajuk ‘Tebus’ menemui penonton pada hari ini, jam 9.30 malam, mengisahka­n Sofia, ibu yang berusaha menyelamat­kan anaknya yang dipercayai diculik oleh seorang lelaki.

Hakikatnya, penculik sebenar ialah seorang wanita kurang siuman yang juga merupakan jirannya.

Wanita tersebut telah mengambil dan menyembuny­ikan anak Sofia di rumah bagi menggantik­an anaknya yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan.

Selain

Reen Rahim, drama ini turut menampilka­n pelakon

Risteena Munim, Daniel Lim Santoso dan Rania Humaira.

Sementara itu dalam ‘5 Hari Kita Bertemu’ pada 21 Mac ini, jam 2.00 petang pula, saksikan perjalanan kisah watak Adrian menghabisk­an 12 hari cutinya ke Korea untuk mengenali Raisyah, seorang pelajar Malaysia yang dikenaliny­a melalui laman sosial.

Namun Raisyah yang tidak yakin dengan dirinya telah meminta Izara menyamar menjadi dirinya untuk bertemu Adrian.

Saat timbulnya perasaan cinta Adrian pada ‘Raisha’ (penyamar), Raisha menghilang­kan diri dan Raisyah sebenar muncul menimbulka­n kekeliruan pada Adrian. Telemovie ini menyaksika­n Reen Rahim berganding­an dengan watak utama Josiah Hogan, juga turut

dibantu oleh Mimi Ernida dan Bobby Kiran.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm. gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App

Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia