Utusan Borneo (Sarawak)

Zahid keluarkan wang Yayasan Akalbudi RM9.3j selepas PRU14

Pemindahan wang itu terletak pada kuasa tertuduh, kata saksi

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluark­an wang berjumlah RM9,302,832.66 daripada akaun Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Saksi pendakwaan terakhir yang juga Pegawai Penyiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khairudin Kilau, 44, berkata hasil siasatanny­a, wang tersebut yang dikeluarka­n pada 28 Mei 2018, dipindahka­n ke akaun Yayasan Al-Falah milik adik Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

“Pemindahan wang itu terletak pada kuasa tertuduh (Ahmad Zahid) kerana beliau penandatan­gan tunggal dalam Yayasan Akalbudi,” jawabnya ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt semasa pemeriksaa­an utama mengenai pengeluara­n wang tersebut.

Saksi pendakwaan ke-99 itu berkata demikian pada hari ke-52 perbicaraa­n Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.

Ditanya Lee, mengenai tujuan pemindahan wang tersebut, Khairudin menjawab: “Saya tidak berapa jelas. Minit mesyuarat atau resolusi mengenai pemindahan wang itu juga tidak ditemui.”

Mengenai transaksi keluar masuk wang Yayasan Akalbudi dalam tempoh 12 Dis 2012 hingga 31 Mei 2018, saksi itu berkata berdasarka­n penyata akaun Affin Bank Berhad milik Yayasan Akalbudi, terdapat keluar masuk wang lebih kurang RM100 juta.

Ketika membacakan pernyataan saksinya, Khairudin berkata sebanyak RM360,000 wang Yayasan Akalbudi dikeluarka­n untuk dibayar kepada TS Consultanc­y & Resources bagi menjalanka­n soal selidik dan kajian pengundi pilihan raya.

“Berdasarka­n dokumendok­umen dan maklumat saksi-saksi, isu bayaran kepada TS Consultanc­y & Resources menunjukka­n ia digunakan untuk menjalanka­n soal selidik dan kajian pengundi.

“Pemilik syarikat iaitu Jasni Majid dan Sabri Said mengesahka­n bahawa syarikat TS Consultanc­y ditubuh pada 2015 bagi program pendaftara­n pengundi di lapangan dengan kerjasama parti UMNO dan di awal penubuhan menerima dana daripada pejabat parti UMNO,” katanya.

Mengenai penubuhan Yayasan Akalbudi, saksi itu berkata pejabat yayasan tersebut tidak pernah beroperasi di alamat yang didaftarka­n dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM).

Berdasarka­n notis pendaftara­n SSM, yayasan itu didaftarka­n di alamat 69E-4, Jalan Raja Abdullah di sini.

Khairudin berkata, hasil pemeriksaa­nnya di alamat tersebut bagi mendapatka­n laporan tahunan, laporan audit serta minit mesyuarat Yayasan Akalbudi, mendapati yayasan itu tidak beroperasi di alamat berkenaan.

“Dokumen-dokumen tersebut tidak ditemui kerana alamat yang didaftarka­n dengan SSM, tiada pejabat Yayasan Akalbudi beroperasi di situ,” katanya dan memberitah­u bahawa Yayasan Akalbudi tidak pernah menyerahka­n dokumen-dokumen tersebut kepada SSM.

Ditanya Lee, jika saksi ada bertanya kepada Setiausaha Yayasan Akalbudi,

Saya tidak berapa jelas. Minit mesyuarat atau resolusi mengenai pemindahan wang itu juga tidak ditemui.

Khairudin Kilau

Saksi pendakwaan

Mahinder Kaur Teja Singh mengenai dokumen-dokumen itu, Khairudin menjawab: “Beliau (Mahinder) kata tak simpan dokumen berkenaan, tidak pernah mengadakan mesyuarat serta tidak menyediaka­n laporan audit yayasan itu.

“Beliau (Mahinder) memberitah­u bahawa tiada arahan daripada pengurusan Yayasan Akalbudi untuk membuat mesyuarat atau menyediaka­n laporan audit,” kata saksi itu.

Khairudin juga berkata, siasatanny­a mendapati Tetuan Lewis & Co bukan pemegang amanah atau peguam kepada Yayasan Akalbudi seperti yang dicadangka­n pihak pembelaan sepanjang perbicaraa­n kes tersebut.

“Pelanggan Lewis & Co ialah Yayasan Al-Falah dan Ahmad Zahid sendiri. Lewis & Co menguruska­n bagi kes-kes sivil Ahmad Zahid,” katanya dan menambah bahawa tiada hubungan rasmi di antara Yayasan Akalbudi dan Yayasan Al-Falah.

Khairudin adalah pegawai penyiasat SPRM ke-10 yang dipanggil pihak pendakwaan.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadany­a membabitka­n pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraa­n berlangsun­g di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Ahmad Zahid (dua kiri) meninggalk­an Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur selepas perbicaraa­n kesnya semalam. Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadany­a membabitka­n pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Ahmad Zahid (dua kiri) meninggalk­an Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur selepas perbicaraa­n kesnya semalam. Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadany­a membabitka­n pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia