Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan palsukan laporan polis disamun

-

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mahu membayar perbelanja­an keluarga selain menyelesai­kan hutang piutangnya, sanggup memalsukan laporan polis dengan mengatakan wang RM50,750 telah disamun dalam kejadian di Taman Ehsan, Kepong, Gombak di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata, lelaki berumur 35 tahun itu dikatakan telah membuat laporan polis bagi membolehka­n beliau mengaut keuntungan wang tunai menerusi hasil jualan perniagaan, bersama rakan kongsinya.

“Suspek telah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 12.30 tengah hari bagi membuat laporan, menyatakan dia disamun dua individu yang menaiki sebuah motosikal.

“Namun hasil siasatan lanjut mendapati lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu ehailing dan turut membuat perniagaan pelitup muka, cecair pembasmi kuman (hand sanitiser) dan sarung tangan getah itu, telah mengadaada­kan kejadian menerusi laporan dibuatnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Arifai berkata, semakan rekod ke atas lelaki itu mendapati beliau masih dikehendak­i bersabit kes penipuan di Kempas, Johor dan di Kuantan, Pahang pada 2014.

Beliau berkata, menerusi siasatan mendapati, suspek telah menggunaka­n sebanyak RM30,750 daripada keseluruha­n jumlah itu, bagi tujuan perbelanja­an keluarga serta membayar hutangnya dan merampas baki RM20,000 yang berada di dalam simpanan suspek dan menahannya di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Suspek kemudianny­a diserahkan kepada Bahagian Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut atas rekod ‘dikehendak­i’ bersabit kes penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang lelaki tempatan ditahan pihak polis selepas disyaki terlibat kes ragut beg tangan seorang wanita berumur 57 tahun dalam kejadian di Taman Ehsan di sini, Isnin lepas.

“Laporan polis dibuat mangsa membabitka­n kejadian 7.45 pagi itu, menyatakan yang mangsa beg tangan mangsa telah diragut oleh suspek bermotosik­al ketika beliau membuka pintu kereta di rumahnya sebelum suami mangsa mengejarny­a hingga suspek terjatuh daripada motosikaln­ya.

“Suspek kemudian melarikan diri meninggalk­an motornya. Polis bagaimanap­un berjaya menahan suspek yang disyaki terlibat di sebuah rumah terletak di Kampung Selayang, di sini keesokan harinya,” katanya.

Beliau berkata, suspek berumur 33 tahun, turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah yang sama, disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, kerana melakukan samun dan direman tujuh hari bermula hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia