Utusan Borneo (Sarawak)

Datuk Seri didakwa terima suapan RM176,000 lepaskan 22 warga China

-

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM176,000 bagi membantu melepaskan 22 warga China, tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohammed Al Faizal Mohammed, 44, didakwa secara rasuah menerima suapan berjumlah RM176,000 daripada ahli perniagaan, Lim Seng Chye, 41, sebagai dorongan untuk membantu melepaskan 22 warga China dari tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang, di sini, pada 11 malam, 22 September 2020, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mohammed Al Faizal juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pilihan iaitu dengan curangnya memperdaya­kan mangsa sama (Lim) bagi tujuan sama sehingga mendorong mangsa untuk menyerahka­n wang tunai jumlah sama (RM176,000), yang mangsa tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayak­an.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada tempat, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, seorang wanita yang juga rakan kepada Mohammed Al Faizal, Mariam Beevi M. Sultan Alaudin turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM33,000 daripada mangsa sama (Lim) bagi tujuan sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 8.17 dan 8.18 malam di sebuah bank di Jalan Tun Perak, di sini, pada 6 Nov 2020 mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM yang membawa hukuman sama.

Mariam juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pilihan iaitu dengan curangnya memperdaya­kan

Lim bagi tujuan sama sehingga mendorong mangsa untuk menyerahka­n wang tunai jumlah sama (RM33,000), yang mangsa tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayak­an.

Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan.

Hakim Suzana Hussin kemudianny­a membenarka­n Mohammed Al Faizal diikat jamin RM50,000 manakala Mariam Beevi diikat jamin RM17,000 masing-masing dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dihadapi mereka.

Mahkamah turut memerintah­kan pasport keduadua terrtuduh diserahkan kepada mahkamah selain perlu melapor diri di pejabat SPRM berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai dan menetapkan 21 April ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM Fadhli Ab. Wahab manakala Mohammed AlFaizal diwakili peguam Manjet Singh dan Mariam Beevi diwakili peguam Parvinder Singh Doal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia