Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar bantuan tanam semula getah dinaikkan

RM13,710 sehektar bagi Semenanjun­g, manakala RM14,805 (Sarawak) dan RM14,955 (Sabah)

-

“Kadar

bantuan baharu ini kita harapkan dapat menarik minta pekebun getah untuk memanam semula tanaman ini. Kita lihat harga getah semakin baik ketika ini.

KUALA LUMPUR: Kadar bantuan untuk program tanam semula getah bagi tahun ini dinaikkan kepada RM13,710 sehektar bagi Semenanjun­g dan masing-masing RM14,805 (Sarawak) dan RM14,955 (Sabah), kata Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju memberi peruntukan tambahan RM15.7 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk mengawal penyakit Pestalotio­psis tanaman getah.

Kadar baharu bantuan itu adalah selaras dengan pengenalan Model Perancanga­n Strategik Risda (MPSR) 2021-2025 yang dilancarka­n semalam, yang bertujuan meningkatk­an pendapatan pekebun kecil tanaman getah dan kemapanan industri getah.

“Kadar bantuan baharu ini

Datuk Dr Abd Latiff Ahmad

kita harapkan dapat menarik minta pekebun getah untuk memanam semula tanaman ini. Kita lihat harga getah semakin baik ketika ini.

“Bantuan kawal penyakit tanaman getah pula, akan memberi manfaat kepada 8,043 pekebun kecil merangkumi kawasan seluas 15,282 hektar tanaman itu,” katanya pada sidang media selepas

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

melancarka­n MPSR 20212025 di sini, semalam.

Bagi tahun 2010-2020, kadar bantuan tanam semula getah adalah RM9,230 sehektar di Semenanjun­g, RM13,500 (Sarawak) dan RM14,000 (Sabah).

Mengenai MPSR 20212025, Abd Latiff berkata pelan itu disusun berlandask­an empat teras utama merangkumi 12 inisiatif dengan menyasarka­n empat impak keberhasil­an

Beliau berkata, MPSR 2021-2025 diperhebat dengan kempen RISDA Prihatin Pekebun Kecil Makmur sepanjang tahun ini.

“MPSR berperanan untuk mencapai hasrat kementeria­n dan RISDA untuk mencapai kemakmuran pekebun kecil untuk menjana pendapatan lebih RM4,500 sebulan sekeluarga.

“Pembentuka­n MPSR ini diyakini dapat merungkai enam isu berkaitan tanam getah termasuk produktivi­ti rendah, pemilikan tanah mengecil dan harga getah yang tidak stabil,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Abd Latiff (tiga kanan) dan Pengerusi Risda Datuk Mohd Salim Mohd Shariff (tiga kiri) pada gimik Pelancaran Model Perancanga­n Strategik Risda MPSR (2021-2025) di Ibu Pejabat Risda, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Abd Latiff (tiga kanan) dan Pengerusi Risda Datuk Mohd Salim Mohd Shariff (tiga kiri) pada gimik Pelancaran Model Perancanga­n Strategik Risda MPSR (2021-2025) di Ibu Pejabat Risda, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia