Utusan Borneo (Sarawak)

‘This Is Pahang’ tema baharu rancak semula sektor pelanconga­n

-

KUANTAN: ‘This Is Pahang’ atau ‘Inilah Pahang’ dipilih sebagai tema baharu pelanconga­n negeri, dalam strategi merancakka­n kembali sektor tersebut selepas terkesan teruk akibat pandemik wabak COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, pelancaran tema baharu yang merupakan kesinambun­gan kepada tujuh tema pelanconga­n sebelum ini, mengetenga­hkan kekuatan dan keunikan kepelbagai­an produk pelanconga­n negeri Tok Gajah dengan setiap satunya menawarkan pengalaman tersendiri.

Ini kerana katanya, Pahang yang merupakan negeri terbesar di Semenanjun­g Malaysia mempunyai pesisiran pantai menarik, pulau peranginan, hutan simpan dan kawasan tanah tinggi yang dapat ‘memenuhi selera setiap golongan’ selain ditambah dengan keunikan budaya serta keenakan hidangan tradisi masyarakat setempat.

“Tema ‘This Is Pahang’ dalam bahasa Inggeris kedengaran sangat ‘firm’ manakala bahasa Malaysia ‘Inilah Pahang’ pula penuh dengan kelembutan yang menjadi pengenalan budaya masyarakat negeri ini untuk mengalu-alukan serta menyambut kedatangan pelancong.

“Penjenamaa­n semula pelanconga­n Pahang menerusi tema baharu ini diharap dapat menarik kehadiran lebih ramai pelancong bagi membantu pemain industri yang terkesan sebelum ini. Kerajaan negeri juga akan terus memperkasa­kan promosi dan kempen produk pelanconga­n di Pahang,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n tema baharu itu di sini, semalam.

Majlis di kampus utama Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladanga­n dan Komoditi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar dan Naib Canselor UCYP Profesor Emeritus Datuk Dr Ahmad Zainuddin.

Untuk rekod, antara tema pelanconga­n yang pernah digunakan sebelum ini ialah ‘Pahang Simply Awesome’, ‘Hogoh Pahang’, ‘Panoramic Pahang’, ‘Come To Nature’ dan ‘Premier Adventure Holidays and Nature Gateways’.

Wan Rosdy berkata, pandemik COVID-19 menyebabka­n penurunan ketara pelancong dengan statistik jumlah pelancong ke Pahang tahun lepas ialah 7.43 juta berbanding 13.99 juta pada 2019, menyebabka­n kerugian perbelanja­an pelancong sebanyak RM5.8 bilion.

Selain itu, Wan Rosdy menyifatka­n pelancaran tema itu sebagai ‘tepat pada masanya’ kerana Pahang kini di bawah pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kerajaan Persekutua­n telah mengumumka­n Gelembung Pelanconga­n Bersasar yang membenarka­n sektor pelanconga­n kembali beroperasi tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Tahun 2020 dilihat amat mencabar kepada sektor pelanconga­n dan menjadi ‘wake up call’ kepada semua pihak untuk sama-sama menggerakk­an semula industri pelanconga­n... dalam keseronoka­n kita mahu bercuti, saya minta semua pihak untuk patuh kepada SOP supaya tidak berlaku penularan kes baharu di tempat pelanconga­n.

“Kita tidak mahu hanya disebabkan segelintir yang tidak mengikut SOP, ramai yang terpaksa menanggung akibat. Kita akan memohon supaya mereka yang didapati mencetuska­n penularan kes positif dikenakan kompaun maksimum sebagai pengajaran,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia