Utusan Borneo (Sarawak)

CCTV atasi masalah vandalisme di Kuantan Art Street

-

KUANTAN: Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) akan dilaksanak­an di Kuantan Art Street di sini, bagi memastikan karya seni 13 anak tempatan Pahang tidak dicemari perbuatan vandalisme.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladanga­n dan Komoditi Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, pemasangan CCTV itu perlu memandangk­an beberapa lukisan dan aksesori tambahan dirosakkan, dalam tempoh kurang sebulan ia dibuka kepada orang awam.

“Kami telah berbelanja sekitar RM500,000 untuk mengubah landskap hampir 200 meter lorong belakang kedai di Jalan Besar di sini, yang sebelum ini gelap dan kusam menjadi lebih berwarna-warni bagi menarik kedatangan pelancong.

“Sudah tentu kami mahu karya seni yang mengambil masa berbulan-bulan disiapkan dipelihara dengan baik. Oleh itu, pemasangan CCTV diharap dapat membantu kami menangkap pelaku yang merosakkan karya seni dan mereka boleh dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Mohd Sharkar berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Kuantan Art Street di sini malam kelmarin, selain turut beramah mesra dengan anak seni yang terlibat menghasilk­an 36 lukisan dengan tema berkaitan Pahang dan kisah rakyat negeri ini.

Beliau juga setakat ini, gembira dengan maklum balas orang ramai terhadap Kuantan Art Street, yang difahamkan telah menerima kunjungan lebih 50,000 orang walaupun belum siap sepenuhnya. Diangggark­an kerja menghasilk­an mural itu masih berbaki 10 peratus untuk diselesaik­an.

“Apa yang penting, kami harap mereka yang datang dan teruja untuk bergambar supaya terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terutamany­a dalam aspek penjarakan fizikal selain diminta tidak meninggalk­an sampah di tempat tidak sepatutnya,” katanya.

Melihat kepada sambutan terhadap seni hasil kumpulan yang menggelar diri mereka Projek 06 itu, Mohd Sharkar tidak menolak kemungkina­n lebih banyak lorong belakang kedai di Jalan Besar dan Jalan Mahkota dijadikan sebahagian daripada Kuantan Art Street dalam masa hadapan.

Ini kerana selain tarikan pelancong, pengubahan landskap itu juga membantu aspek kebersihan laluan belakang kedai selain meningkatk­an tahap keselamata­n kerana lorong yang terlibat diterangi lampu sepanjang malam.

Seorang anggota Projek 06,

Mohammad Amir Farouk berkata mereka kini ‘mengejar masa’ untuk menyiapkan Kuantan Art Street, termasuk berkarya pada waktu malam selepas jadual asal terganggu oleh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan musim tengkujuh yang melanda awal tahun ini.

“Kami mengambil masa dalam berkarya kerana mahu ia dilakukan dengan teliti, selain ada yang melibatkan penggunaan jentera pengangkut kerana dihasilkan sehingga ke tingkat tiga bangunan seperti lukisan Naga Sri Gumum, iaitu mitos Tasik Chini.

“Selain itu, kami juga mahu lukisan itu bercerita kepada pengunjung seperti kisah tukang kasut diilhamkan daripada tukang kasut yang sudah berniaga di Kuantan sejak 1989... yang mengambil masa 10 hari untuk disiapkan kerana perincian terhadap lukisan tersebut,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KARYA PELUKIS: Mohd Sharkar (kiri) diberi penerangan ringkas oleh seorang pelukis Mohd Amer Farouk, 31, mengenai satu lukisan mural yang dihasilkan­nya pada dinding bangunan semasa melakukan tinjauan di Kuantan Art Street, Kuantan malam kelmarin.
— Gambar Bernama KARYA PELUKIS: Mohd Sharkar (kiri) diberi penerangan ringkas oleh seorang pelukis Mohd Amer Farouk, 31, mengenai satu lukisan mural yang dihasilkan­nya pada dinding bangunan semasa melakukan tinjauan di Kuantan Art Street, Kuantan malam kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? MENARIK: Mohd Sharkar (dua kiri) tertarik dengan salah satu lukisan mural yang menghiasi dinding bangunan semasa melakukan tinjauan di Kuantan Art Street, Kuantan malam kelmarin. Lorong belakang barisan kedai lama di antara Jalan Besar dan Jalan Mahkota yang sebelum ini kelam dan suram kini bertukar lebih ceria dengan hiasan lukisan mural memaparkan kisah rakyat dan identiti negeri selain dihiasi lampu bagi menghidupk­an suasana waktu malam seterusnya menjadi tempat tarikan baharu Bandaraya Kuantan.
— Gambar Bernama MENARIK: Mohd Sharkar (dua kiri) tertarik dengan salah satu lukisan mural yang menghiasi dinding bangunan semasa melakukan tinjauan di Kuantan Art Street, Kuantan malam kelmarin. Lorong belakang barisan kedai lama di antara Jalan Besar dan Jalan Mahkota yang sebelum ini kelam dan suram kini bertukar lebih ceria dengan hiasan lukisan mural memaparkan kisah rakyat dan identiti negeri selain dihiasi lampu bagi menghidupk­an suasana waktu malam seterusnya menjadi tempat tarikan baharu Bandaraya Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia