Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern Munich singkirkan Lazio dari Liga Juara-Juara

‘The Bavarians’ menang agregat 6-2 selain turut melangkaui rekod penyertaan 18 kali Barcelona dalam kejuaraan

-

Kemenangan ini amat berharga buat kami. Keinginan untuk menang setiap perlawanan sudah tersemai dalam

” DNA kami.

Joshua Kimmich

pemain tengah Bayern Munich

MUNICH: Bayern Munich melangkah mudah ke Liga Juara-Juara dalam suku akhir apabila berjaya menewaskan Lazio 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua 16 akhir pada Rabu dengan kemenangan agregat 6-2.

Robert Lewandowsk­i menyempurn­akan gol penalti diikuti aksi licik daripada pemain penggantin­ya pada separuh masa kedua Eric Maxim Choupo-Moting untuk menggandak­an kelebihan pada malam itu.

Lazio cuma berjaya meraih gol sagu hati dengan Marco Parolo yang tidak mendapat tentangan semasa lewat perlawanan lalu menjaringk­an gol percuma dari jarak dekat.

“Kemenangan ini amat berharga buat kami. Keinginan untuk menang setiap perlawanan sudah tersemai dalam DNA kami,” kata pemain tengah Bayern Joshua Kimmich.

“Kami bermain dengan yakin sungguhpun ia bukan persembaha­n yang terhebat dan ia menjengkel­kan apabila hilang mata gol.”

Kejayaan mereka ke lapan akhir sekaligus melangkaui rekod Barcelona yang 18 kali muncul dalam suku akhir Liga Juara-Juara sejak kejohanan itu diambil alih daripada Piala European.

Salji turun semasa perlawanan di Allianz Arena, namun Bayern dengan tenang bermain dalam cuaca itu.

Mereka kini menyambung penyertaan berterusan dalam Liga Juara-Juara dengan 19 permainan dalam tempoh dua tahun.

“Kami memerlukan prestasi yang baik dan kami keluar dari pertanding­an dengan persaingan yang positif,” kata jurulatih Lazio Simone Inzaghi.

“Sesetengah pasukan tidak dapat dilawan, Bayern ialah salah satu daripadany­a.”

Denganpasu­kannya dibelasah 4-1 dalam perlawanan pertama, Inzaghi memilih untuk menyimpan penjaring terhandal Ciro Immobile, dan diganti dengan Vedat Muriqi di barisan hadapan.

Bayern turun padang tanpa kapten pasukan dan penjaga gol Manuel Neuer kerana selsema dan pemain ganti Alexander Nuebel tampil buat kali ketiga dalam musim ini.

Bayern dihadiahka­n sepakan penalti pada minit ke-31 apabila Muriqi menjatuhka­n Leon Goretzka.

Selepas video bantuan pengadil (VAR) dirujuk, Lewandowsk­i merembat masuk bola ke pintu gol.

Ini merupakan gol ke39 buat bintang kelahiran

Poland itu dalam musim ini dan yang kelima dalam Liga Juara-Juara.

Lewandowsk­i membuat cubaan lagi pada minit ke-67 namun melantun ke tiang gol dan disambut penjaga gol Pepe Reina.

Itu merupakan cubaan terakhir beliau bersama Thomas Mueller dan mereka membuka peluang buat ChoupoMoti­ng dan pemain muda 18 tahun Jamal Musiala.

Kurang daripada dua minit selepas itu, David Alaba mengumpan bola kepada ChoupoMoti­ng

yang memecut lalu menjaringk­an gol melepasi Reina.

Kelemahan barisan pertahanan Bayern pada lapan minit sebelum tamat telah memberi jalan untuk sepakan percuma Andreas Pereira disempurna­kan oleh pemain ganti Muriqi, Parolo.

Pemain pertahanan Lazio, Francesco Acerbi mengulas skuad Itali itu berusaha lebih gigih daripada pusingan pertama mereka, namun mengakui “Bayern adalah yang terbaik di dunia.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PERGELUTAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kedua Liga Juara-Juara di antara Bayern Munich dan Lazio di Munich.
— Gambar AFP PERGELUTAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kedua Liga Juara-Juara di antara Bayern Munich dan Lazio di Munich.
 ?? — Gambar AFP ?? BERBISA: Lewandowsk­i meraikan gol jaringan pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP BERBISA: Lewandowsk­i meraikan gol jaringan pada perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia