Utusan Borneo (Sarawak)

Rublev melangkah ke suku akhir kejohanan Dubai

-

DUBAI: Pilihan kedua kejohanan, Andrey Rublev telah mencatatka­n kemenangan ke-15 beliau dalam musim ini dengan 6-3, 6-1 kepada pemain Amerika Taylor Fritz di Dubai dan menempatka­n diri ke suku akhir.

Pemain Rusia itu menambah kemenangan berterusan beliau dalam kejohanan 500 peringkat sebanyak 22 kali.

Hanya Roger Federer berjaya memegang rekod kemenangan yang lebih banyak pada peringkat ini, dengan 28 kali berturut-turut menjuarai ATP 500 sepanjang 2014 sehingga 2016.

Rublev berusia 23 tahun menyelamat­kan kesemua enam mata pendahulua­n menentang Fritz dan selepas ini akan berhadapan dengan Marton Fucsovics buat kali kedua dalam tiga minggu merebut slot empat terakhir.

“Saya amat gembira saya dapat menang set berturuttu­rut, agak meyakinkan. Saya mengenali Taylor sejak junior lagi dan selalunya sukar untuk menentang beliau kerana beliau selalu memberi servis hebat dan bermain dengan cepat,” kata Rublev yang kini mara ke lapan akhir untuk empat kali dalam 2021.

Pemain remaja Itali Jannik Sinner mengalahka­n juara 2018 Roberto Bautista Agut 6-4, 3-6, 7-5 dan melangkah ke suku akhir ketiga beliau musim ini.

Dengan perlawanan sulungnya minggu ini, pemain 19 tahun itu mengumpul 16 ace dalam persaingan dua jam setengah itu dan bakal bertemu dengan pemain separuh akhir Terbuka Australia Aslan Karatsev.

Pemain termuda dalam 100 teratas, Sinner telah dua kali membawa pulang trofi di Sofia dan Melbourne dalam enam bulan lalu.

Sinner meraih pendahulua­n 4-2 dalam permainan penentuan dan berjaya melepasi persaingan sengit kepada pilihan keempat Bautista Agut sekaligus menandakan kejayaan 48 beliau dalam kejohanan ini.

Dalam perlawanan lain, pilihan ketiga Kanada Denis Shapovalov juga mara ke suku akhir buat kali ke 21 dengan menang 6-4, 6-3 kepada nombor 35 dunia Hubert Hurkacz.

Bermain untuk 200 kali, pemain 21 tahun itu berjaya mendapat kemenangan pertama dalam tiga kali bertemu Hurkacz dan beraksi ke akhir lapan menentang veteran Perancis Jeremy Chardy.

Pemain ranking 12 dunia itu mendapat mata kelebihan pada minit ke-43, hanya hilang satu servis sepanjang permainan itu.

Shapovalov terus menambah tekanan dalam set kedua dan hanya hilang empat mata servis dan cekap mendominas­i permainan itu.

Sementara itu, Kei Nishikori kelahiran Jepun mara ke suku akhir Dubai pertamanya dengan persaingan sengit 6-4, 6-4 kepada Aljaz Bedene.

Pemain 31 tahun itu akan merebut slot ke separa akhir kejohanan ATP menentang Filip Krajinovic atau Lloyd Harris pada Khamis. — ATP

 ??  ?? RUBLEV
RUBLEV

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia