Utusan Borneo (Sarawak)

Sevilla hanya tiga mata di belakang Real Madrid dalam kejohanan La Liga Sepanyol

-

MADRID: Youssef En-Nesyri terus menyinari kumpulanny­a apabila membawa kemenangan Sevilla 2-0 ke atas Elche pada Rabu dan menyusul hanya tiga mata di belakang Real Madrid dalam kejohanan La Liga.

En-Nesyri meraih gol ke15 beliau dalam liga musim ini sebelum masa rehat manakala Franco Vazquez menambah kemenangan dengan gol lewat.

“Gol En-Nesyri memberi pendahulua­n dalam permainan itu dan ia menjadi lebih mudah,” kata jurulatih Sevilla, Julen Lopetegui.

Pertemuan itu pada mulanya dijadualka­n pada September, namun ditunda untuk memberi rehat kepada Sevilla selepas menjuarai Liga Europa musim lepas pada hujung Ogos.

Kedua-dua pasukan itu telah bertemu di Elche 11 hari sebelumnya, di mana pasukan corot itu berjaya meraih kemenangan 2-1.

Suso dari Sevilla mampu membuat jaringan pembukaan pada minit ke-40 namun hantaranny­a tersasar keluar pintu gol untuk pasukan tuan rumah itu.

Berbaki dua minit dalam separuh masa, En- Nesyri berjaya memecah kebuntuan dengan bola yang dilorong oleh Suso.

Anak buah Lopetegui mendominas­i padang pada separuh masa kedua.

En-Nesyri dan Ivan Rakitic terlepas peluang untuk menggandak­an jaringan sebelum Vazquez turun dari bangku dan menjaringk­an gol ketiga yang juga merupakan gol pertamanya musim ini.

Pemain penyerang kelahiran Argentina itu menggantik­an Munir El Haddadi pada minit ke-87 lalu mengumpan bola ke belakang melepasi penjaga gol Edgar Badia.

Sementara itu pasukan pelawat kekal satu mata daripada zon penyingkir­an setelah empat kekalahan dalam enam permainan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Antara babak-babak aksi perlawanan La Liga di antara Sevilla dan Elche di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla.
— Gambar AFP SENGIT: Antara babak-babak aksi perlawanan La Liga di antara Sevilla dan Elche di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia