Utusan Borneo (Sarawak)

Bukan masa beri peluang kepada muka baharu

-

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe masih menaruh harapan terhadap sebahagian besar pemain sedia ada berbanding muka baharu menjelang saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun depan.

Cheng Hoe turut menolak untuk bereksperi­men apabila mengekalka­n lebih 70 peratus barisan pemainnya sebelum ini pada kem latihan pusat pertama pasukan kebangsaan dalam tempoh 16 bulan, yang akan bermula Isnin depan di Johor Bahru.

Jelasnya cabaran dari segi kesuntukan waktu serta peluang aksi persahabat­an yang masih samar antara faktor yang menyukarka­n beliau membuka peluang kepada pemain baharu dan mengutamak­an pemantapan mutu permainan dan kombinasi kalangan pemain dalam skuad sedia ada.

“Barisan kejurulati­han sentiasa memantau perkembang­an setiap pemain dalam saingan Liga Super dan Liga Premier tetapi dalam masa terdekat memang kita tidak boleh beri peluang kepada ramai muka baharu.

“Saya perlukan pemain tonggak utama (skuad negara) untuk menjalani latihan sebab banyak lagi yang perlu ditingkatk­an pasukan tetapi pintu skuad negara sentiasa terbuka untuk mana-mana pemain yang menunjukka­n prestasi baik,” katanya kepada Bernama, semalam.

Menjelang kem latihan pusat tersebut, Cheng Hoe menyenarai­kan 17 daripada 23 pemain skuad negara dalam dua aksi terakhir kelayakan pada November 2019 dan memanggil 11 pemain termasuk tonggak naturalisa­si terbaharu negara Guilherme de Paula untuk melengkapk­an senarai 28 pemain.

Senarai tersebut mendapat pelbagai reaksi mereka yang berkenaan, khususnya peminat dan media yang rata-rata mempersoal­kan pemilihan pemain oleh jurulatih berusia 52 tahun itu.

Namun, bekas pengendali Kedah itu menegaskan ketika ini beliau masih memiliki kepercayaa­n terhadap kemampuan barisan pemain sedia ada yang telah bersama beliau sejak kempen saingan.

Malaysia dijadual meneruskan baki saingan aksi kelayakan yang tertangguh lebih setahun susulan penularan pandemik COVID-19 secara berpusat menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun), kesemuanya di UAE.

Malaysia berada di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 apabila berada di kedudukan kedua Kumpulan G. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia