Utusan Borneo (Sarawak)

KEMUDAHAN SUKAN JUGA HARUS DILAKSANA DI LUAR BANDAR: SIKIE

MOTAC akan terus perkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri, kata Nancy

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kerajaan persekutua­n melalui Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan terus memperkuku­h kerjasama dengan kerajaan negeri dalam membangun serta menghidupk­an sektor pelanconga­n domestik.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, hasrat itu sejajar dengan Dasar Pelanconga­n Negara (DPN) 2020-2030 yang dilancarka­n Disember tahun lalu dalam menjamin kelangsung­an industri pelanconga­n negara.

Jelasnya, di bawah DPN, Malaysia akan mewujudkan zon pelaburan khas untuk projek pelanconga­n atau ‘Special Tourism Investment Zone’ bagi meningkatk­an kerjasama awam dan swasta serta menarik lebih ramai pelabur tempatan dan antarabang­sa.

“Kerajaan negeri perlu membuat perancanga­n dan pelan pembanguna­n pelanconga­n dengan mengenal pasti produk pelanconga­n domestik yang ada.

“Kerajaan persekutua­n akan memberi sokongan dari segi pandangan dan peruntukan Rancangan Malaysia dan kerjasama ini akan dipergiatk­an,” katanya ketika ditemui media ketika mengadakan lawatan ke Lumpur Bebuak Kampung Meritam dekat sini, semalam.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi

Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Dr Noor Zari Hamat, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat dan Setiausaha MDL Petrick Linggie Taboh.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, sektor pelanconga­n domestik di Sarawak tidak dapat dibuka sepenuhnya memandangk­an kes COVID-19 yang masih tinggi.

“Di Sarawak kes masih tinggi dan mereka khuatir untuk membuka sektor pelanconga­n secara meluas.

“Yang penting ialah mengenal pasti produk pelanconga­n yang ada di negeri ini yang mampu menjadi daya tarikan pelancong dari luar negara,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, Sarawak perlu bersiap sedia dengan produk pelanconga­n terutama produk pelanconga­n hijau yang menarik minat pelancong.

Menurutnya, sesetengah pelancong lebih berminat untuk pergi ke lokasi hijau dan mengelak kawasan sesak dan merancang datang bersama keluarga.

Jelasnya, kementeria­nnya juga akan membantu mengenal pasti produk pelanconga­n luar bandar di Limbang yang mempunyai pelbagai kawasan menarik, selain produk makanan ‘sup dadah’ (ikan tahai), sejarah, adat resam dan kraf tangan.

Katanya, kesemua produk pelanconga­n ini perlu dipromosik­an sebagai daya tarikan Limbang, sekali gus menarik kemasukan pelancong.

BINTULU: Projek-projek pembanguna­n untuk penduduk di daerah Tatau amat penting terutama membabitka­n penyediaan kemudahan rakyat di luar bandar supaya penduduk tidak terlalu bergantung kepada kemudahan yang ada serta jauh di kawasan bandar.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri(Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata, pembinaan kemudahan membabitka­n trek balapan ataupun kompleks sukan adalah antara projek pembanguna­n yang amat diperlukan serta akan dilaksanak­an di daerah ini.

“Penyediaan kemudahan ini amat penting memandangk­an tiada tempat yang sesuai untuk penduduk khususnya untuk sekolah-sekolah di daerah ini menganjurk­an aktiviti sukan melainkan dengan pembinaan kompleks sukan terbabit,” ujarnya semasa menghadiri taklimat mengenai projek-projek pembanguna­n di daerah Bintulu oleh Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di Wisma Bintulu di sini, semalam.

Terdahulu taklimat menyentuh tentang projek-projek yang telah siap, sedang

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri(Undang-Undang dan Adat Bumiputera)

dan akan dilaksanak­an, selain perbincang­an mengenai isuisu berbangkit di daerah Tatau.

Taklimat itu turut dihadiri

Pengurus Besar BDA Muhamad Yakup Kari, pengurus dan pegawai-pegawai kanan BDA.

Dalam perbincang­an itu,

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu berkata, BDA telah bersetuju untuk menjadikan bangunan di hadapan Projek Taman Komuniti sebagai Pusat Kraftangan Komuniti Daerah Tatau.

Selain itu, antara projek pembanguna­n lain di Tatau di bawah BDA yang telah siap dibangunka­n ialah menaik taraf parit di pusat komersial Pekan Tatau dan yang sedang dibangunka­n ialah penyediaan tapak dan infrastruk­tur bagi projek pembesaran kampung yang dijangka siap bulan depan.

Kawasan ini juga akan dibina perumahan yang mengambil contoh seperti projek pembanguna­n perumahan di Kemuyang, Sibu.

Pada masa sama, Projek Taman Komuniti Sungai Jatan juga sedang dilaksanak­an mengikut jadual meskipun mengalami sedikit kelewatan untuk disiapkan.

Beberapa projek lain adalah membabitka­n naik taraf parit konkrit di Kampung Dagang, projek menaik aras jalan sepanjang Batang Tatau di pekan Tatau, pembesaran kampung merangkumi pembinaan rumah selepas penyediaan infrastruk­tur siap serta pembinaan kompleks sukan atau trek balapan.

Penyediaan kemudahan ini amat penting memandangk­an tiada tempat yang sesuai untuk penduduk khususnya untuk sekolah-sekolah di daerah ini menganjurk­an aktiviti sukan melainkan dengan pembinaan kompleks sukan

Tayai” terbabit.

Datuk John Sikie

 ??  ?? BANGUNKAN PELANCONGA­N: Nancy (tiga kiri) bersama Sufian (kiri), Hasbi (empat kiri), Dr Noor Zari dan Paulus (tujuh kiri) tertarik melihat kanakkanak mandi di Lumpur Bebuak
Meritam, Limbang semalam.
BANGUNKAN PELANCONGA­N: Nancy (tiga kiri) bersama Sufian (kiri), Hasbi (empat kiri), Dr Noor Zari dan Paulus (tujuh kiri) tertarik melihat kanakkanak mandi di Lumpur Bebuak Meritam, Limbang semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEGERA: Proses mengagihka­n bahan makanan kepada penduduk Rumah Papit di Sungai Kuap, Nyelong dijalankan kakitangan Pusat Khidmat DUN Repok.
SEGERA: Proses mengagihka­n bahan makanan kepada penduduk Rumah Papit di Sungai Kuap, Nyelong dijalankan kakitangan Pusat Khidmat DUN Repok.
 ??  ?? TERIMALAH: Sikie (kiri) menerima cenderamat­a daripada Yakup.
TERIMALAH: Sikie (kiri) menerima cenderamat­a daripada Yakup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia