Utusan Borneo (Sarawak)

Artis wanita dominasi kategori utama Anugerah Grammy

-

ANUGERAH

Grammy yang berlangsun­g barubaru ini menyaksika­n kebanyakan anugerah utama yang dipertandi­ngkan dimenangi oleh wanita, malam yang menghiburk­an buat bintang-bintang besar dengan Beyonce, Megan Thee Stallion dan Taylor Swift merangkul kemenangan dalam acara yang mengamalka­n penjarakan sosial serta dipenuhi dengan persembaha­n yang mengujakan.

Ia merupakan malam bersejarah buat Beyonce apabila beliau memecah rekod kemenangan terbanyak artis wanita dengan 28 anugerah.

Taylor Swift menjadi wanita pertama yang memenangi Album Terbaik sebanyak tiga kali, tahun ini dengan ‘folklore’ yang diolah semasa kuarantin.

Sensasi rap Megan Thee Stallion merangkul tiga kemenangan termasuk Artis Baru Terbaik – dan membuka mata penonton dengan persembaha­n bertenaga di pentas Los Angeles.

Megan dan Queen Bey, nama gelaran Beyonce, meraih dua trofi bersama iaitu untuk gandingan mereka dalam hit sensasi ‘Savage’.

Penyanyi rap itu mempersemb­ahkan single terbarunya ‘Body’, sebelum memberi persembaha­n duet hebat bersama Cardi B di mana kedua-duanya mengenakan kostum metalik. Duo yang berani itu menyampaik­an lagu ‘WAP’ mereka.

Malam itu juga menampilka­n persembaha­n daripada bintang terkenal seperti Dua Lipa, DaBaby, Taylor Swift, Bad Bunny dan pemenang Rekod Terbaik Billie Eilish. Tirai persembaha­n dibuka oleh Harry Styles yang turut membawa pulang anugerah pertama beliau.

Acara itu, yang berlangsun­g hampir setahun selepas pandemik COVID-19 menghentik­an semua jelajah dan memaksa venue persembaha­n ditutup, mewakili usaha keras oleh dunia muzik untuk mengembali­kan muzik selepas tahun 2020 yang teruk.

Lebih menakjubka­n, Queen Bey yang merangkul Persembaha­n R&B Terbaik dengan lagunya ‘Black Parade’, berjaya mencatat sejarah Grammy yang manis buat dirinya.

Pada mulanya tiada kepastian bahawa Beyonce akan menghadiri majlis itu, kerana beliau tidak menyertai Zoom untuk menerima trofi pertama beliau yang dikongsi dengan anak perempuann­ya Blue Ivy, untuk muzik video terbaik bagi ‘Brown Skin Girl’.

Namun beliau menggegark­an sosial media apabila dilihat berada di dalam kalangan audiens sebelum naik ke pentas dalam gaun hitam mini di samping Megan Thee Stallion untuk menerima anugerah mereka bagi Lagu Rap Terbaik.

“Sebagai seorang artis, saya percaya ia tugasan kami untuk membuat refleksi semasa. Dan ini merupakan masa yang sukar,” kata Beyonce, dengan suami beliau Jay-Z duduk di kerusi penonton menyaksika­n acara bersejarah itu.

“Saya ingin menggalakk­an dan meraikan semua raja dan ratu kaum hitam yang telah menjadi inspirasi saya dan seluruh dunia.”

Namun yang berjaya merangkul Rekod Terbaik, dalam kategori yang menyaksika­n dua pencalonan daripada Beyonce, satu bersama Megan Thee Stallion, adalah Billie Eilish.

Dalam ucapan penerimaan anugerah itu buat kali kedua berturuttu­rut, penyanyi berusia 19 tahun itu mengangguk kepada Megan, dan berkata yang penyanyi rap itu “tidak boleh disangkal” dan layak menang.

Penyanyi lagu R&B, H.E.R menerima anugerah Lagu Terbaik untuk lagu ‘I Can’t Breathe’, yang berbicara tentang kesengsara­an kaum hitam dan keganasan polis.

Manakala

Taylor Swift merangkul Album Terbaik namun kalah dalam lima lagi kategori yang dicalonkan. Beliau memberi ucapan terima kasih buat peminatnya.

Manakala ia malam yang malap buat bintang British Dua Lipa apabila hanya berjaya memenangi Album Pop Vokal Terbaik, untuk album pop yang baru sahaja dikeluarka­n semasa pandemik.

Brittany Howard, yang dikenali sebagai penyanyi utama band Alabama

Shakes meraih anugerah Lagu Rock Terbaik, manakala Fiona Apple membawa pulang dua trofi untuk album beliau ‘Fetch The Bolt Cutters’.

Sungguhpun kategori rock didominasi oleh pemenang wanita,

The Strokes berjaya memenangi Album Rock Terbaik untuk ‘The New Abnormal’, anugerah Grammy sulung mereka.

Nas, legenda rap juga buat julung kalinya menang selepas 14 pencalonan selepas merangkul Grammy Album Rap Terbaik buat album ‘King’s Disease’.

Namun begitu, ia bukanlah anugerah Grammy jika tanpa kontrovers­i.

The Weeknd berikrar akan berhenti menghantar lagu untuk anugerah ekoran tiada satu pun pencalonan, sungguhpun tahun ini album beliau menerima sambutan hangat. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? TAYLOR SWIFT
TAYLOR SWIFT
 ??  ?? MEGAN THEE STALLION
MEGAN THEE STALLION
 ??  ?? H.E.R.
H.E.R.
 ??  ?? BEYONCE
BEYONCE
 ??  ?? BILLIE EILISH
BILLIE EILISH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia