Utusan Borneo (Sarawak)

407 KES SEMALAM, TERTINGGI SEJAK KES PERTAMA COVID-19 DIKESAN DI SARAWAK

-

KUCHING: Sarawak merekodkan 407 kes positif baharu COVID-19 semalam, angka tertinggi sejak kes pertama dikesan di negeri ini pada 13 Mac 2020.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Daerah Serian merekodkan jumlah tertinggi 140 kes.

Manakala, lain-lain kes direkodkan di Sibu (65), Miri (69), Betong (40), Bintulu (26), Sri Aman (23), Kuching (19), Samarahan (11), Kapit (10), Song (6), Subis (5), Meradong (4), Lundu (3), Julau (2), Kanowit (2), Dalat (1) dan Limbang (1), menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 13,820 kes.

“Daripada 407 kes tersebut,

138 melibatkan tahanan di Depot Imigresen Semuja, Serian yang terkawal dan tertutup.

“Kesemua mereka telah diletakkan di PKRC Depot Tahanan Semuja, Serian,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing, semalam.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) turut memaklumka­n terdapat satu kematian baharu akibat COVID-19 semalam menjadikan jumlah kematian meningkat kepada seramai 96 orang.

“Kes kematian ke-96 melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 55 tahun yang dikesan positif pada 27 Februari 2021 melalui pengesanan kes aktif di kawasan berisiko tinggi.

“Kes telah menerima rawatan di Hospital Sibu dan keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2021,” katanya menambah kes tidak mempunyai ko-morbid.

Mengenai kes pulih, terdapat 183 kes baharu yang telah pulih dan dibenar discaj semalam iaitu dari Hospital Sibu (74), Hospital Umum Sarawak (35), Hospital Bintulu (28), Hospital Sarikei (17), PKRC di Hospital Kapit (8), Hospital Miri (8), PKRC Betong (7), PKRC Mukah (5) dan PKRC Serian (1).

Ini menjadikan jumlah kes yang telah pulih dan dibenar discaj kini seramai 11,022 orang atau 79.75 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di negeri ini.

Manakala, seramai 411 orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan semalam dan tiada PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

Uggah turut memaklumka­n kes di Sibu, Betong, Kuching, Bintulu dan Kapit telah menunjukka­n trend penurunan kes dalam minggu ini.

“Begitu juga dengan keadaan dirumahpan­jang,telahmenun­jukkan trend yang menurun.

“Dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 320 rumah panjang telah disekat bagi tujuan mengekang perebakan jangkitan COVID-19.

“Sehingga hari ini (semalam) hanya 56 rumah panjang masih dalam arahan sekatan pergerakan,” katanya.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? BINCANG: Uggah (kiri) berbincang sesuatu dengan Dr Sim (tengah) dan Dr Chin sebelum
sidang media semalam.
— Gambar Roystein Emmor BINCANG: Uggah (kiri) berbincang sesuatu dengan Dr Sim (tengah) dan Dr Chin sebelum sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia