Utusan Borneo (Sarawak)

RUMAH PANJANG LAPAN PINTU, RUMAH PERSENDIRI­AN MUSNAH TERBAKAR DI BARIO

PATI warga Indonesia tiada dokumen, masuk mengikut jalan tikus

- Oleh Jeremy Lanson

MIRI: Sebuah rumah panjang lapan pintu dan sebuah rumah persendiri­an di Kampung Pa Derung, Bario musnah dalam kebakaran, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, kebakaran antara jam 1.30 dan 2.30 pagi itu menyebabka­n 21 orang kehilangan tempat tinggal.

“Pasukan Bomba Sukareka (PBS) Bario dan polis Bario telah melawat lokasi kejadian pagi ini (semalam).

“Berdasarka­n maklumat daripada ketua kampung, keseluruha­n rumah panjang itu terbakar.

“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan terhadap penduduk dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Law berkata, penduduk kampung turut melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan Sarawak Energy Berhad (SEB) dan beberapa pegawai mereka telah pergi ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba dari Balai

Bomba dan Penyelamat Marudi dan Pasukan Penyiasat dari Zon 6 Miri akan ke lokasi bagi menyiasat punca kebakaran.

“Kesemua mangsa kini ditempatka­n sementara di gereja Kampung Pa Derung,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala ketika dihubungi berkata, beliau bersyukur semua penduduk rumah panjang itu dipindahka­n dengan selamat.

Menurutnya, beliau telah memaklumka­n Pejabat

Residen Bahagian Miri, bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menggerakk­an bantuan kecemasan bagi membantu keluarga yang terjejas.

“Saya telah menghubung­i Pegawai Tadbir Edwin Jelenggai, Penghulu Robertson Bala dan Ketua Kampung Pa Derung Caleena Pasang untuk menggerakk­an bantuan kepada mangsa terlibat. Polis Bario bersama Edwin dan Caleena telah pergi ke lokasi awal pagi tadi (semalam).

KUCHING: Dua lagi warga tempatan ditangkap kerana disyaki cuba menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) di Jalan Kampung Raso, Lundu pada Khamis.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak SAC Mancha Ata berkata kedua-dua suspek yang berperanan sebagai ‘tekong darat’ itu ditangkap dalam operasi Ops Benteng sekitar jam 5.20 pagi.

Menurutnya, anggotanya telah menjalanka­n intipan selepas melihat dua kereta yang dipandu kedua-dua suspek berusia 25 tahun terbabit.

“Hasilintip­anmendapat­ilima lelaki warga Indonesia telah datang untuk menaiki keduadua kereta suspek dan pasukan serbuan kemudian terus melakukan pemeriksaa­n.

“Hasilnya mendapati kelima-lima warga Indonesia terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan memasuki Malaysia mengikut jalan yang tidak diwartakan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Jelasnya, kedua-dua ‘tekong darat’ yang berasal dari Saratok itu bersama kesemua PATI kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu untuk tindakan selanjutny­a.

“Mereka terlebih dahulu akan dibawa ke Hospital Lundu untuk ujian calitan COVID-19,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Anti Pemerda

Hasilnya mendapati kelimalima warga Indonesia terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan memasuki Malaysia mengikut jalan yang tidak diwartakan.

SAC Mancha Ata

Komander PGA Briged Sarawak

gangan Orang dan Penye- ludupan Migran (ANTIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

 ??  ?? RANAP: Keadaan rumah panjang Pa Derung, Bario
yang musnah terbakar awal pagi semalam.
RANAP: Keadaan rumah panjang Pa Derung, Bario yang musnah terbakar awal pagi semalam.
 ??  ?? GAGAL: Suspek ditangkap bersama lima PATI dalam operasi tersebut.
GAGAL: Suspek ditangkap bersama lima PATI dalam operasi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia