Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Sri Aman bertukar kepada status Zon Merah

-

KUCHING: Daerah Sri Aman bertukar kepada status kawasan Zon Merah jangkitan COVID-19 semalam setelah merekodkan 49 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah di negeri ini kini adalah sebanyak 12 daerah.

Semalam sahaja 23 kes positif baharu dikesan di Sri Aman dimana 15 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kepada kes positif COVID-19.

Manakala lapan kes merupakan individu disaring melalui saringan bersasar melibatkan Depot Imigresen Semuja di Serian yang dikategori­kan sebagai kes import C dari Serian.

Lain-lain daerah berstatus Merah adalah Song, Serian, Subis, Julau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu,

Miri dan Sibu.

“Tiga daerah kekal berstatus Jingga iaitu Samarahan, Bau dan Sarikei dengan jumlah keseluruha­n kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas sebanyak 92 kes.

“Manakala 16 lagi daerah kekal berstatus Kuning dan sembilan daerah kekal berstatus Hijau,” katanya pada sidang media semalam.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menambah dearah berstatus Kuning ialah Mukah, Selangau, Dalat, Limbang, Telang Usan, Tanjung Manis, Kanowit, Belaga dan

Lundu.

Juga berstatus Kuning daerah Bukit Mabong, Tatau, Pusa, Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh.

Manakala sembilan daerah berstatus Hijau ialah Marudi, Pakan, Matu, Lawas, Daro, Simunjan, Lubok Antu, Tebedu dan Kabong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia