Utusan Borneo (Sarawak)

Kluster Depot Imigresen Semuja rekodkan penambahan 146 kes

-

KUCHING: Kluster Depot Imigresen Semuja di Serian yang baru diisytihar­kan kelmarin merekodkan penambahan 146 kes menjadikan jumlah kes bagi kluster ini meningkat kepada 245 kes semalam.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, seramai 592 individu telah disaring di bawah kluster ini di mana 245 didapati positif termasuk kes indeks.

Manakala, 210 individu lagi didapati negatif dengan 137 individu lagi masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 34 kluster. Daripada jumlah itu, 11 kluster terdapat penambahan kes, manakala 23 kluster tiada penambahan kes,” katanya pada sidang media semalam.

Selain Kluster Depot Imigresen Semuja, terdapat juga penambahan 11 kes melibatkan Kluster Jalan Merpati di Miri menjadikan jumlah kes positif bagi kluster ini kini meningkat kepada 90 kes.

Seramai 400 individu telah disaring di bawah Kluster Jalan Merpati ini di mana 246 negatif dan 64 individu masih menunggu keputusan.

“Terdapat dua penambahan kes kepada Kluster Nanga Bulo di Julau menjadikan jumlah keseluruha­n 36 kes positif dan tiga penambahan kes libatkan Kluster Jalan Kampung Hilir di Sibu meningkat kepada 43 kes.

“Manakala Jalan Sanyan di Sibu merekodkan tambahan empat kes meningkat kepada 25 kes, Kluster Jalan Tanjung di Bintulu dan Kluster Begalak di Song masing-masing merekodkan enam penambahan kes meningkat kepada 40 kes dan 68 kes setakat ini,” katanya.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) turut memaklumka­n terdapat juga penambahan tiga kes melibatkan Kluster Sena di Miri dan tambahan 37 kes melibatkan Kluster Jalan Muhibbah, Betong.

Kluster Emperoh Jambu, Kuching dan Kluster Gelong, Kapit masing-masing merekodkan tambahan tiga kes meningkat kepada 328 kes dan 257 kes.

Dalam pada itu Uggah berkata JPBNS akan menjalanka­n siasatan menyeluruh atas dakwaan pengabaian elemen pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika menerima tahanan baharu di pusat tahanan Semuja.

Katanya, dakwaan tersebut sangat mengganggu dan menyebabka­n kebimbanga­n.

“JPBNS telah menerima laporan dan kita akan bertegas dalam siasatan kita jika terbukti benar,” katanya.

Uggah turut menjelaska­n terdapat SOP ketika menerima tahanan baharu dan ia perlu dipatuhi ketat demi kepentinga­n semua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia