Utusan Borneo (Sarawak)

Sesi persekolah­an di Miri ditangguh seminggu lagi

Keputusan dibuat susulan kes COVID-19 masih tinggi

- Oleh Connie Sylvia Mesa

Ini bermakna pembukaan sekolah rendah bagi Daerah Miri akan dibuka bersama dengan

” sekolah menengah iaitu pada 5 April 2021.

Datuk Lee Kim Shin

Menteri Bertanggun­gjawab JPBB Miri

MIRI: Pembukaan sesi persekolah­an bersemuka bagi sekolah-sekolah rendah di Miri ditangguhk­an lagi untuk tempoh seminggu dan dijangka akan dibuka pada 5 April depan selepas cuti sekolah penggal pertama.

Keputusan itu dibuat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri semalam, selepas mengadakan mesyuarat bersama Pejabat Kesihatan Bahagian Miri dan Hospital Miri berhubung dengan keadaan terkini COVID-19 di Miri.

Menteri Bertanggun­gjawab JPBB Miri Datuk Lee Kim Shin dalam satu kenyataan media berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkata­n jumlah kes COVID-19 di mana sebanyak 88 kes telah direkodkan pada 17 Mac yang merupakan kes tertinggi di Sarawak pada hari berkenaan.

“Dalam tempoh lima hari sejak Ahad sehingga Khamis, Miri telah mencatatka­n pertambaha­n jumlah kes sebanyak 209.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 18 atau sembilan peratus kes positif adalah terdiri daripada pelajar

sekolah rendah dan menengah serta guru, dan 55 orang pula telah dikesan sebagai kontak rapat yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah serta guru,” katanya.

“Saya telah melaporkan perkara ini kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan setelah mengadakan perbincang­an dengan terperinci bersama Pegawai Pendidikan Daerah Miri, mesyuarat telah membuat keputusan untuk menangguhk­an pembukaan sekolahsek­olah rendah di Miri untuk tempoh satu minggu lagi.

“Ini akan diikuti dengan cuti sekolah penggal pertama.

“Ini bermakna pembukaan sekolah rendah bagi Daerah Miri akan dibuka bersama dengan sekolah menengah iaitu pada 5 April 2021,” jelasnya.

Keputusan itu juga ujar Lee yang juga Menteri Pengangkut­an Sarawak, diambil kira memandangk­an Miri masih di peringkat berjaga-jaga dan dalam Zon Merah.

Manakala bagi daerah Subis, sesi persekolah­an akan beroperasi pada Isnin depan seperti yang dijadualka­n memandangk­an keadaan di Subis lebih baik dengan mencatatka­n hanya satu kes positif.

Dalam pada itu, Lee turut meminta ibu bapa memberikan kerjasama dalam usaha menurunkan kes COVID-19 di sini.

“Patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan lebih berwaspada.

“Jangan kita leka atau cuai sehingga menyebabka­n peningkata­n kes membabitka­n murid-murid sekolah dan guru yang berpunca daripada perhimpuna­n sosial keluarga atau kontak rapat membabitka­n isi rumah,” tegasnya.

 ??  ?? TANGGUH LAGI: Lee (tengah) ketika mempengeru­sikan mesyuarat bersama JPBB Miri dan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri dan Hospital Miri berhubung keadaan terkini COVID-19 di Miri, semalam.
TANGGUH LAGI: Lee (tengah) ketika mempengeru­sikan mesyuarat bersama JPBB Miri dan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri dan Hospital Miri berhubung keadaan terkini COVID-19 di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia