Utusan Borneo (Sarawak)

Petugas kesihatan ceria selepas terima suntikan dos kedua vaksin COVID-19

-

KOTA SAMARAHAN: Wajah ceria dan gembira para petugas Jabatan Kesihatan selepas disuntik dos kedua vaksin COVID-19 menggambar­kan tiada kesan sampingan teruk dilalui mereka.

Tinjauan Utusan Borneo di Klinik Kesihatan Kota Samarahan semalam mendapati proses suntikan dos kedua vaksin PfizerBioN­Tech berjalan lancar dalam kalangan lebih 100 petugas kesihatan.

Bagi Pegawai Pergigian Bahagian Samarahan Dr Thaddius Herman Maling, susulan suntikan pertama pada 26 Februari lepas, beliau tidak ada menerima kesan sampingan yang teruk.

“Saya cuma sakit di bahu selama dua hari. Dan selepasnya saya sihat seperti biasa. Saya sangat gembira kerana dapat menyelesai­kan vaksin ini selengkapn­ya.

“Saya harap semua warga Sarawak dapat mendaftark­an diri untuk mendapatka­n vaksin. Jangan takut kerana ia selamat dan percuma. Bersama kita putuskan rantaian COVID-19 ini,” katanya.

Penolong Pegawai Perubatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan Othman Buang pula menasihatk­an orang ramai agar tidak percaya dengan cerita yang menggambar­kan keburukan vaksin.

“Selepas menerima dos pertama tempoh hari, saya dapati tiada apa yang perlu dirisaukan. Cerita mengenai kesan-kesan sampingan adalah mitos semata-mata.

“Hari ini (19 Mac) saya telah lengkap disuntik dos kedua dan telah selesai proses untuk pemantauan tadi, saya tidak ada berasa apa-apa kesan sampingan untuk setengah jam pertama.

“Saya berharap vaksin ini serasi dengan kita semua rakyat malaysia dan berharap dengan vaksin ini juga kita dapat kehidupan kembali seperti sediakala,” ujarnya.

Bagi wartawan foto The Star, Zulazhar Sebli beliau amat berharap agar petugas media diiktiraf kerajaan sebagai barisan hadapan.

“Selama ini kami yang ke hadapan untuk menyebarka­n maklumat yang kerajaan hendak sampaikan kepada orang ramai,” ujarnya.

Zulazhar merupakan antara 13 petugas media di Sarawak yang dipilih kerajaan negeri untuk menerima vaksin COVID-19 pada fasa awal ini.

 ??  ?? DOS KEDUA: Para petugas kesihatan Kota Samarahan selepas menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19.
DOS KEDUA: Para petugas kesihatan Kota Samarahan selepas menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia