Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk dapat rumah baharu

Dilaksana dalam Program Jiwa Murni Sempena Hari Tentera Darat Ke-88

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA MARUDU: Seorang penduduk menerima rumah baharu dalam pelaksanaa­n Program Jiwa Murni Sempena Hari Tentera Darat Kali Ke-88 bertempat di Kampung Saab, Pitas di sini.

Panglima 5 Briged Brig Jen Zambery Darus berkata program dalam bentuk pembinaan rumah baharu ditaja oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div).

“Penerima rumah iaitu Jasle Malada adalah seorang penduduk kampung yang tiada pekerjaan tetap.

“Selepas mempertimb­angkan musibah yang beliau hadapi apabila kediamanny­a yang terlalu usang serta keupayaan dan kudratnya keluarga, pihak YADIM bersetuju untuk membantu keluarga ini dengan melaksanak­an Projek Bina Baru kediaman beliau dengan bantuan kepakaran daripada Skuadron Kelima Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RAJD),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa program penyerahan kunci rumah sebagai simbolik kepada majlis perasmian tersebut.

Sementara itu katanya, Formasi 5 Briged telah menganjurk­an Promosi Kerjaya Askar Wataniah oleh Rejimen 507 AW, Pameran Perpustaka­an Negeri Sabah, Program Derma Darah dan Pemeriksaa­n Kesihatan oleh MK 5 Bgd.

“Program ini adalah selari dengan tema HTD Ke-88, ‘Sinergi Tentera Darat Dan Rakyat: Tunjang Kedaulatan Negara’ yang membawa maksud hubungan erat yang dijalinkan di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan rakyat adalah salah satu elemen penting bagi mendukung pencapaian 5 Tonggak Perintah Ulung Panglima Tentera Darat,” katanya.

Turut hadir pada majlis ini adalah Pegawai Daerah Pitas Bakri Nanun, Pengarah YADIM Negeri Sabah Samin Ongki, Pegawai Kemajuan Masyarakat Pitas Ariffin Matasin, Pemimpin Kemajuan Masyarat Ramlah Nasir, Ketua Staf Markas 5 Briged Lt Kol Mohd Hisham Din.

 ??  ?? RUMAH BAHARU: Penyampaia­n kunci rumah semasa perasmian PJM di Pitas.
RUMAH BAHARU: Penyampaia­n kunci rumah semasa perasmian PJM di Pitas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia