Utusan Borneo (Sarawak)

Salah guna dadah, 652 tangkapan di seluruh negeri pada Februari

-

KUCHING: Sebanyak 652 tangkapan direkodkan membabitka­n suspek yang terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah di seluruh negeri sepanjang Februari lepas.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, tangkapan tersebut adalah hasil daripada 567 operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Sarawak dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Sarawak.

Menurutnya, sebanyak 40 kes daripada 640 kes yang dicatatkan untuk tempoh tersebut melibatkan 75 tangkapan adalah kesalahan membekal serta mengedar dadah dan substans.

Bagi tempoh bulan Februari 2021, Sarawak merekodkan sebanyak 640 kes yang melibatkan 652 tangkapan berkaitan penguatkua­saan aktiviti penyalahgu­naan dadah dan substans hasil daripada 567 operasi.

“Daripada jumlah tersebut, tujuh kes melibatkan 14 tangkapan adalah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.

“Lain-lain kesalahan ialah 112 kes yang melibatkan 128 tangkapan atas kesalahan memiliki dadah serta 488 kes yang melibatkan 449 tangkapan adalah suspek yang didapati positif dadah,” katanya pada sidang media mengenai laporan mengenai isu menangani dadah dan bahan terlarang, Sarawak, semalam.

Bagi tempoh Februari 2021, sebanyak 14.1 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah berjaya dirampas oleh agensi-agensi penguatkua­saan narkotik.

Jelas Harden, sebanyak 13kg adalah dadah jenis syabu/Methamphet­amine, 1.1 kg dadah jenis ganja, 34.41 gram dadah jenis serbuk ekstasi dan 1.99 gram adalah dadah jenis Ketamin.

“Jumlah rampasan yang direkodkan bagi Februari 2021 ini menunjukka­n penurunan sebanyak 36 peratus berbanding dengan rampasan bagi bulan Januari 2021 sebanyak 20.6kg,” katanya.

Justeru, untuk memantapka­n lagi keberkesan­an One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS), Harden memberitah­u pihaknya akan meningkatk­an operasi membantera­s aktiviti penyalahgu­naan dadah dan substans.

“Kita juga akan meningkatk­an intervensi rawatan dan pemulihan individu dan keluarga terjebak substans bagi meyekat permintaan terhadap dadah dan mengekalka­n kepulihan mereka yang terjebak.

“Memantapka­n keperluan taktikal dan logistik bagi penguatkua­saan aktiviti penyalahgu­naan dadah dan substans, seperti peralatan mengesan dadah, mengesan ketagihan dan pengesahan air kencing,” katanya.

Ujarnya, maklumat berkaitan aktiviti penyalahgu­naan dadah dan substans boleh dilaporkan melalui WhatsApp kepada JSJN Sarawak menerusi talian 012-2087222, AADK (019-6262233 dan Kastam 1-80088-8855.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Ketua JSJN Sarawak ACP Jasmirol Jamaluddin dan Pengarah AADK Sarawak Wan Madihi Wan Salleh.

 ??  ?? TANGANI BERSAMA: Harden semasa bercakap pada sidang media mengenai laporan mengenai isu menangani dadah dan bahan terlarang, Sarawak, semalam.
TANGANI BERSAMA: Harden semasa bercakap pada sidang media mengenai laporan mengenai isu menangani dadah dan bahan terlarang, Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia