Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Sim: Usah sangsi dengan jenis vaksin COVID-19

-

KOTA SAMARAHAN: Rakyat Sarawak diminta agar tidak sangsi dengan jenis vaksin COVID-19 yang akan diterima kelak, tegas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata, vaksin yang dihantar ke negara ini telah mendapat kelulusan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

“Kita tahu orang ramai mempersoal­kan mana satu vaksin yang lebih baik dan sebaliknya.

“Semua vaksin yang diterima adalah hasil kajian dan mendapat standard daripada WHO yang berkesan sehingga lebih 50 peratus. Jangan lepaskan peluang mendapatka­n vaksin.

“Sekurang-kurangnya kita mendapat pelindunga­n (daripada vaksin),” katanya semasa mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bako, semalam.

Tambahnya, Sarawak berdepan dengan tiga faktor utama dalam melancarka­n program vaksinasi.

Jelas Dr Sim, pertama adalah faktor akses di mana kita memerlukan dos vaksin yang mencukupi berikutan terdapat banyak kes berlaku dilaporkan kebelakang­an ini selain Sarawak juga mempunyai penempatan yang banyak terutamany­a rumah panjang.

Katanya, penerimaan orang ramai merupakan faktor kedua untuk mendapatka­n sekurang-kurangnya 70 peratus rakyat menerima vaksin.

“Angka ini memberi cabaran kepada kita dan setakat ini kira-kira 1.2 juta telah mendaftar dan 2.2 juta lagi diharap mendaftar atau sukarela menerima vaksin.

“Manakala yang ketiga adalah berkenaan sumber tenaga kerana kita memerlukan banyak tenaga kerja untuk memastikan vaksin yang telah diterima diberikan kepada rakyat sama ada di bandar atau di pedalaman,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia