Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital Kota Belud rai Penolong Pegawai Perubatan dengan suntikan vaksin

- Oleh Henry Bating

KOTA BELUD: Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Hospital Kota Belud ditandai dengan ucapan penghargaa­n dan pemberian vaksin COVID-19 kepada golongan petugas barisan hadapan itu.

Pengarah Hospital Kota Belud Dr Primus John berkata golongan Penolong Pegawai Perubatan merupakan petugas barisan hadapan khususnya ketika negara bekerja keras memerangi pandemik COVID-19.

“Mereka semua turun ke lapangan untuk mengesan kontak rapat individu dijangkiti di samping membantu Unit Tim COVID, Tim Sari, Tim COVID PKRC dan Saringan Fever Centre,” katanya.

Sambutan Hari Pembantu Perubatan bertemakan ‘Bersama Pembantu Perubatan Memerangi COVID-19’ dilakukan serentak di seluruh negara.

Dr Primus kemudian mengetuai 41 Penolong Pegawai Perubatan menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.

Terdahulu, Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kota Belud Jusilin Kenneth Gabu dalam ucapannya menyifatka­n kerjasama kalangan petugas berkenaan amat positif sehingga membuahkan hasil yang membanggak­an.

Jelas Jusilin, sambutan 10 Mac setiap tahun itu pada kali ini diraikan secara sederhana namun tetap mengekalka­n SOP kerana masih berada dalam situasi pandemik COVID-19.

Sambutan itu turut diserikan dengan persembaha­n koir bertajuk ‘Penolong Pegawai Perubatan Berjaya’ disampaika­n kalangan Pelatih Penolong Pegawai Perubatan.

Jusilin menyifatka­n senikata lagu itu amat menyentuh hati, juga menghiburk­an bila merenungka­n khidmat kalangan Penolong Pegawai Perubatan hospital itu dalam berjuang sebagai satu pasukan kesihatan.

Dalam memerangi pandemik COVID-19, Hospital Kota Belud turut menerima khidmat bantuan tenaga dari pelbagai hospital termasuk Hospital Pitas, Hospital Umum Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.

Dr Primus secara khusus menzahirka­n ucapan terima kasih dan penghargaa­n kepada semua hospital berkenaan di atas khidmat bakti menghantar tenaga bantuan ke Hospital Kota Belud.

Sambutan itu dipengerus­ikan Penolong Pegawai Perubatan Samuel Joseph manakala Dr Syazwani mengetuai tim pemberian suntikan vaksin.

Dr Primus mengakhiri sambutan itu dengan menyempurn­akan penyampaia­n sijil-sijil penghargaa­n termasuk kepada Penolong Pegawai Perubatan Nicholson Suming dari Hospital Kuala Lumpur.

 ??  ?? SUNTIKAN: Dr Primus mendahului suntikan vaksin.
SUNTIKAN: Dr Primus mendahului suntikan vaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia