Utusan Borneo (Sarawak)

ACD di Kampung Hilir lancar

Orang ramai beri kerjasama baik pada hari kedua semalam

- Oleh Borhaniza Ali Basah

“Namun

saya tidak menunggu lama kerana kakitangan KKM (Kementeria­n kesihatan Malaysia) yang ditugaskan agak ramai, menyebabka­n giliran saya hanya kurang daripada 10 minit.

SIBU: Operasi pengesanan kes aktif (ACD) secara besarbesar­an di Kampung Hilir di sini memasuki hari kedua semalam dan berjalan lancar dengan orang ramai memberi kerjasama yang baik.

Ketika tinjauan Utusan Borneo ke lokasi ACD di Jalan Masjid di sini, kelihatan orang ramai berbaris panjang menunggu giliran untuk menjalani ujian calitan secara sukarela.

Kawasan sekitar turut dikawal anggota polis yang dibantu anggota RELA bagi memastikan penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurut Daud, 45, salah seorang penduduk di situ, beliau tiba di pusat ACD pada 10 pagi dan diambil sampel selepas 10 minit menunggu.

“Semasa saya sampai, orang ramai sudah mula berbaris panjang.

“Namun saya tidak menunggu lama kerana kakitangan KKM (Kementeria­n kesihatan Malaysia) yang ditugaskan agak ramai, menyebabka­n giliran saya

Daud

Penduduk

hanya kurang daripada 10 minit,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada petugas KKM kerana menjalanka­n ACD di kawasan kampung terbabit dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, ACD Kampung Hilir dijalankan susulan peningkata­n kes positif yang mendadak serta kemunculan kluster baharu di kawasan terbabit.

Susulan itu, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) telah merangka ACD secara besar-besaran di kampung terbabit yang bermula 18 hingga 20 Mac.

Menurut Penyelaras JPBBS Dr Annuar Rapaee yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, ACD dilakukan secara berperingk­at melibatkan 11 petempatan dan jadual telah diedarkan ke rumah-rumah berkenaan.

ACD pada hari Khamis melibatkan penduduk yang tinggal di Kampung Hilir bermula jam 9 pagi hingga 1 petang, manakala hari Jumaat ACD bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari melibatkan Kampung Datuk Lama, Jalan Masjid, Kampung Pak Dris, Jalan Alu-Alu, Sungai Bakong dan Kampung Baharu.

Penduduk di kawasan Lorong Nanas, Lorong Lang, Lorong Isau dan Lorong Bangau pula menjalani ujian calitan pada Sabtu, jam 9 hingga 11 pagi.

 ??  ?? TERTIB: Penduduk Kampung Hilir beratur untuk menjalani ujian calitan, semalam.
TERTIB: Penduduk Kampung Hilir beratur untuk menjalani ujian calitan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia