Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak dibangun secara menyeluruh

Semua tempat dibangunka­n, pemimpin sentiasa berfikir untuk rakyat: Nancy

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Selain pembanguna­n infrastruk­tur asas merangkumi bekalan elektrik, air dan jalan raya, banyak sektor lain terus mendapat perhatian kerajaan termasuk utiliti dan kemudahan Internet.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bagi meneruskan usaha ini Sarawak menggunaka­n pelbagai platform seperti Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) khususnya untuk membangunk­an kawasan utara Sarawak (Limbang dan Lawas).

Jelasnya, penubuhan platform ini membantu mempercepa­tkan pembanguna­n di Sarawak termasuk di kawasan terpencil.

“Kita berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana berpandang­an jauh.

“Kalau kita berada dalam ‘perahu’ sendiri, kita dapat berfikir dengan kritis untuk membangunk­an semua tempat dari segi infrastruk­tur, serta perkara lain termasuk utiliti dan Internet, semua ini perlu difikir para pemimpin,” katanya pada Majlis Perasmian Masjid Al-Asr Kampung Meritam di sini, semalam.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau

Kalau kita berada dalam ‘perahu’ sendiri, kita dapat berfikir dengan kritis untuk membangunk­an semua tempat dari segi infrastruk­tur, serta perkara lain termasuk utiliti dan Internet, semua ini

” perlu difikir para pemimpin.

Datuk Seri Nancy Shukri

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia

Paulus Palu Gumbang, Ketua Setiausaha MOTAC Dato Dr Noor Zari Hamat, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL)

Kaunselor Sufian Mohat dan Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Limbang Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosli.

Ahli Parlimen Batang Sadong

itu berkata lagi, setiap pemimpin perlu terus mengukuhka­n solidariti dalam membangunk­an infrastruk­tur asas di setiap kawasan.

“Melalui kerjasama dan solidariti ini para pemimpin dapat fokus kepada pembanguna­n kawasan setempat,” ujarnya.

Ketua masyarakat jelasnya, juga perlu memainkan peranan dengan memberi maklumat kepada pemimpin sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen agar dapat diketengah­kan kepada pihak atasan kerajaan negeri ataupun persekutua­n.

“Perancanga­n ini harus diteruskan untuk membawa kepada kemajuan ke sesuatu kawasan,” ujarnya.

Beliau menambah, masjid bukan sahaja menjadi tempat beribadat malah boleh dijadikan sebagai tempat riadah.

“Kita perlu memikirkan bagaimana masjid dijadikan tempat riadah selain keagamaan supaya anak-anak muda dapat memperluas dan mempromosi­kan tempat ini kepada luar.

“Kita mahu orang luar mengenali tempat dan masjid kita,” katanya lagi.

Pada majlis itu, beliau menyumbang RM5,000 untuk Masjid Al-Asr Kampung Meritam.

 ??  ?? KEMUDAHAN: Nancy (tiga kiri) disaksikan Abdul Rahim (kiri), Dr Noor Zari, Hasbi dan Paulus ketika merasmikan Masjid Al-Asr Kampung Meritam di Limbang, semalam.
KEMUDAHAN: Nancy (tiga kiri) disaksikan Abdul Rahim (kiri), Dr Noor Zari, Hasbi dan Paulus ketika merasmikan Masjid Al-Asr Kampung Meritam di Limbang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia