Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha Penguang kembalikan NCR kepada penduduk Tinjar dipuji

-

MIRI: Kesungguha­n Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datu Dr Penguang Manggil dalam ‘mengembali­kan’ Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) seluas 5,000 hektar daripada IOI Corporatio­n kepada penduduk di Tinjar ternyata mendapat pujian.

Ketua kaum komuniti Iban dari Long Tabing Joben Sigai berkata, sebelum ini mereka sudah memohon agar diberikan pertimbang­an untuk mengeluark­an tanah tersebut daripada pajakan sementara (PL) IOI.

“Kami berterima kasih kepada IOI dan kerajaan negeri terutama Datu Penguang kerana bersama-sama menyelesai­kan tuntutan ini.

“Pertikaian tanah ini sudah berlarutan lebih dua dekad, kami lega kerana ia akhirnya selesai dengan cara baik.

“Kami rasa berbangga. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Joben menambah, dengan perkembang­an baharu itu penduduk di situ berhasrat untuk memajukan tanah tersebut untuk kegiatan pertanian.

“Rancangan seterusnya ialah menceburi aktiviti pertanian berdasarka­n kemajuan dan pembanguna­n yang sedia ada.

“Setakat ini kami merancang membuka kebun sawit.

“Kami percaya melalui aktiviti pertanian dapat menyara dan mengubah taraf hidup kami di luar bandar,” katanya.

Pada 17 Mac lalu, Penguang dalam sidang media di sini memberitah­u, IOI bersetuju mengembali­kan 5,000 hektar tanah NCR dalam kawasan PL syarikat itu kepada pemilik.

Ia meliputi NCR di Long Teran, Long Tabing, Long Lapok dari kawasan PL di bawah Pelita Plantation Sdn Bhd di Tinjar.

Sebelum ini, seramai 365 penuntut dan individu berdaftar menuntut NCR tersebut sejak 1998 selepas ia diberikan pajakan sementara oleh kerajaan negeri kepada IOI-Pelita pada 1996.

Menurut Penguang, langkah mengembali­kan tanah ini merupakan persetujua­n pertama yang pernah dicapai di Baram antara syarikat ladang dengan pemilik NCR melibatkan kaum Iban, Berawan, Penan, Kayan dan Kenyah di Tinjar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menambah, ini membuktika­n pemilik NCR yang sah boleh mengeluark­an tanah mereka dalam kawasan PL.

Ketua masyarakat Berawan Penghulu Patrick Jelaman memuji usaha Penguang untuk menyelesai­kan isu tuntutan yang sudah lama berlarutan itu.

“Kami kini boleh menarik nafas lega, akhirnya tuntutan ini berjaya diselesaik­an atas kerja keras beliau (Penguang). “Sejak 1998, kami turun naik mahkamah apabila syarikat mulai menanam kelapa sawit.

“Kami berharap selepas ini masalah tanah yang sudah ditanam dapat diselesaik­an,” katanya.

Beliau berharap, tanah berkenaan dapat didaftarka­n dalam daftar tanah dan Warta Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri yang dikeluarka­n sebagaiman­a yang telah dibincangk­an Penguang sebelum ini.

Ketua Kaum Kaum Penan dari Long Lapok Agnes Ngarega berkata, mereka bersetuju dan menyambut baik langkah syarikat mengembali­kan tanah 5,000 hektar tersebut kepada pemiliknya yang sebenar.

Katanya,padamasain­imereka masih menunggu keputusan IOI sebelum membuat perancanga­n seterusnya.

Sementara itu, Penghulu Malang Lanjau turut mencadangk­an agar tanah NCR yang sudah dimajukan IOI-Pelita turut dikembalik­an.

“Mesyuarat menyatakan 5,000 hektar yang dikeluarka­n IOI-Pelita belum ditanam, sebaliknya ditanam penduduk kampung sendiri dan berada di dalam PL syarikat.

“Kami mahu tanah temuda itu dikembalik­an kepada penduduk kampung di Long Teran Kanan B kerana kami sangat memerlukan tanah,” katanya lagi.

 ??  ?? AGNES
AGNES
 ??  ?? JOBEN
JOBEN
 ??  ?? MALANG
MALANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia