Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Petronas sumbang bekalan sekolah, kit kebersihan kepada 2,800 pelajar di Sarawak

-

KUCHING: Kira-kira 2,800 murid dari 30 sekolah rendah di Sarawak menerima bekalan sekolah dan kit kebersihan daripada Yayasan Petronas di bawah Program ‘Back to School’ (BTS) 2021.

Menurut kenyataan Petronas semalam, sumbangan tersebut telah diagihkan oleh anak syarikatny­a, iaitu Petronas Carigali Sdn Bhd-Sarawak Oil, Petronas Carigali Sdn Bhd-Sarawak Gas, Malaysia LNG Sdn Bhd dan ASEAN Bintulu Fertilizer Sdn Bhd.

Sumbangan diedarkan kepada 13 sekolah rendah di Bintulu semalam sementara 17 sekolah rendah di Miri pada 16 Mac lalu.

“Ini adalah program jangkauan terbesar kami di seluruh negara sejak ia dimulakan pada 18 tahun lalu.

“Kami dengan senang hati membantu 2,800 pelajar dalam mempersiap­kan mereka untuk sesi persekolah­an tahun ini.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringanka­n beban keluarga mereka yang kurang bernasib baik dari segi perbelanja­an untuk ke sekolah,” kata Pengurus Besar Petronas Sarawak, Zulaihi Mantali.

Selain itu, pihaknya juga telah mengambil langkah lain dengan menyediaka­n alat kebersihan diri agar para pelajar dapat mengamalka­n tabiat cara hidup dalam norma baharu ketika sekembalin­ya mereka ke sekolah, tambah beliau.

Pelajar masing-masing diberikan dua pelitup muka tiga lapisan yang dapat digunakan semula, tuala kecil, sekotak kertas sabun, beg sekolah, gelas, buku nota aktiviti pelajar, kotak pensel dan alat tulis, serta dua set pakaian sekolah dan sepasang stoking serta kasut.

Buku nota aktiviti pelajar merangkumi beberapa eksperimen sains sederhana mengenai kebersihan diri, infografik kesihatan dan pelekat yang direka untuk mencetuska­n minat dan pemahaman dalam sains berkaitan dengan kehidupan sebenar.

Bagi tahun ini, seramai 21,000 pelajar di seluruh Johor, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu telah mendapat manfaat daripada program BTS 2021, yang bermula dari 8 hingga 24 Mac ini.

 ??  ?? PRIHATIN: Zulaihi (empat kiri) bergambar kenangan bersama pegawai Petronas yang lain dan wakil Pejabat Pendidikan Daerah pada majlis penyerahan yang diadakan di Bintulu, semalam.
PRIHATIN: Zulaihi (empat kiri) bergambar kenangan bersama pegawai Petronas yang lain dan wakil Pejabat Pendidikan Daerah pada majlis penyerahan yang diadakan di Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia