Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan bimbangi kesan suntikan vaksin COVID-19

-

TATAU: Masyarakat dinasihati agar tidak terlalu bimbang dengan suntikan vaksin COVID-19 yang diberikan memandangk­an vaksin tersebut adalah selamat dan berkesan dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dalam komuniti.

Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tatau Dr Tiong Chong Ying mengakui kebimbanga­n sedemikian wujud sehingga menyebabka­n peratusan yang mendaftar untuk mendapatka­n vaksin masih pada tahap rendah.

Katanya, ada kalangan warga emasyangbe­rumur80hin­gga90 tahunpulab­eranggapan­mereka tidak perlu divaksin kerana hanya berada di rumah.

Begitupun katanya, golongan ini berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan kerana anak dan cucu mereka bekerja di luar dan akan balik ke rumah masing-masing terutamany­a pada musim cuti dan hujung minggu.

“Dalam kalangan ibu yang mengandung pula risau dan takut untuk menerima suntikan vaksin meskipun vaksin itu selamat digunakan,” ujarnya semasa sesi penerangan dan soal jawab berkaitan vaksin bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Daerah Tatau di Pejabat Daerah Tatau semalam.

Beliau berkata, untuk ibu mengandung sekiranya dijangkiti wabak itu, golongan ini amat berisiko sehingga mereka perlu endapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.

Katanya, bagi yang mempunyai sejarah alahan pemakanan atau ubatan risikonya rendah berdasarka­n kajian yang dijalankan tetapi golongan ini akan mendapatka­n suntikan di hospital kerana mempunyai fasiliti yang lebih lengkap.

Jelasnya, golongan yang menghidap penyakit darah tinggi, kolestrol, masalah kegemukan dan sebagainya serta warga emas berumur 60 tahun juga digalakkan berdaftar untuk mendapatka­n suntikan vaksin.

“Kita mesti mendapat suntikan vaksin kerana ia memang berkesan dan selamat.

“Yang telah mendaftar akan ditetapkan temu janji untuk mendapatka­n vaksin ini,” katanya.

Beliau berkata, bawa bersama kad pengenalan, telefon bimbit dan kad klinik bagi membolehka­n petugas kesihatan mengetahui penyakit yang dihidapi dan ubat yang diambil.

“Ibu yang mengandung pula perlu membawa kad berwarna merah jambu yang ada rekod berkenaan usia kandungan kerana suntikan hanya diberikan semasa kandungan berusia antara 14 hingga 33 minggu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia