Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa urus Dewan Masyarakat Taman Harmoni, Sri Aman dibentuk

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden Hollis telah mempengeru­sikan Mesyuarat Pembentuka­n Jawatankua­sa Pengurusan Dewan Masyarakat Taman Harmoni di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang dekat sini barubaru ini.

Menurut Harden, tujuan pembentuka­n jawatankua­sa itu adalah bagi menguruska­n dewan tersebut dan menyelaras aktiviti yang bakal dilaksanak­an, di samping menjaga aspek keselamata­n dan kebersihan dewan.

Katanya, dewan berkenaan yang telah siap dibaik pulih dengan kos RM200,000 melalui Projek Tranformas­i Luar Bandar (RTP) DUN Simanggang adalah kemudahan untuk mengadakan pelbagai aktiviti bersesuaia­n yang memberi faedah kepada masyarakat di sekitar Taman Harmoni.

Katanya, terdapat empat Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n kampung (JKKK) yang berkongsi kemudahan itu yang disediakan kerajaan negeri Sarawak iaitu JKKK (Dayak) Fasa I, JKKK (Iban) Fasa II, JKKK (Cina) Temudok dan JKKK (Melayu) Taman Harmoni.

Harden menambah, kerjakerja menaik taraf terpaksa dilakukan atas permintaan penduduk Taman Harmoni yang memerlukan dewan sebagai tempat untuk menjalanka­n aktiviti.

“Pada mulanya dewan ini dibina oleh Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak.

“Disebabkan tidak ada pertubuhan yang diberi tanggungja­wab untuk menjaganya maka dewan tersebut menjadi terbiar dan sarang bagi individu untuk menjalanka­n kegiatan tidak sihat.

“Untuk mengelakka­n tempat tersebut menjadi sarang kegiatan tidak sihat maka kerajaan telah bersetuju untuk melakukan kerjakerja menaik taraf,” katanya lanjut.

Katanya lagi, perkara tersebut telah mendapat perhatian beliau yang berusaha menaik taraf dewan tersebut agar kegunaanny­a bersesuaia­n dengan tujuan asal pembinaan.

“Kesungguha­n usaha tersebut telah membuahkan hasil dengan bantuan agensi pelaksana projek iaitu Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) apabila kerja menaik taraf siap sepenuhnya,” ujarnya lanjut.

Bagi mewujudkan Jawatankua­sa Pengurusan Dewan Masyarakat Taman Harmoni, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang telah melantik jawatankua­sa untuk penggal 2021 hingga 2022 dan pelantikan penggal seterusnya akan dibuat jawatankua­sa sendiri melalui mesyuarat induk.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut Penghulu Mingging Sigan selaku Ketua Masyarakat Kaum Iban kawasan Ulu Undop.

 ??  ?? BINCANG: Harden (tengah) sedang mempengeru­sikan mesyuarat berkenaan di Pejabat Pusat Khidmatnya, baru-baru ini.
BINCANG: Harden (tengah) sedang mempengeru­sikan mesyuarat berkenaan di Pejabat Pusat Khidmatnya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia