Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n sokong penuh cadangan Akta Profesion Kerja Sosial: Fatimah

-

KUCHING: Cadangan Akta Profesion Kerja Sosial akan memperkuku­hkan sistem negara bagi melindungi kanakkanak daripada penderaan, kata Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Fatimah yang menyambut baik cadangan akta tersebut berkata, kementeria­nnya menyokong penuh perancanga­n yang dibuat kerajaan persekutua­n ini yang mana kini dalam penggubala­n peringkat akhir.

“Kita membaca setiap hari di akhbar kanak-kanak didera termasuk penderaan seksual tetapi jarang orang ramai mempertimb­angkan kemahiran diperlukan bagi membantu kanak-kanak tersebut.

“Begitu juga bagi golongan dewasa yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Cadangan perundanga­n ini sangat diperlukan bagi memastikan hanya mereka dengan latihan profesiona­l bersesuaia­n akan dilantik sebagai pekerja sosial yang dipertangg­ungjawabka­n membantu golongan teraniaya ini,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Tambah Fatimah, pekerja sosial walau di mana mereka bekerja, berurusan dengan isu yang sangat peribadi dan sensitif, adalah penting untuk mereka mematuhi kod etika profesiona­l.

Akta ini katanya, akan memastikan mereka dilatih sepenuhnya, berdaftar dan bertanggun­gjawab kepada orang awam dengan cara yang sama kaunselor dikawal selia.

“Kita bertuah di Sarawak kita sudah ada kursus ijazah bagi pekerja sosial di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan diploma yang ditawarkan Institut Pilley Methodist yang baru ditubuhkan di Sibu.

“Akta ini akan membantu pelajar tempatan ini jaminan pekerjaaan di mana mereka adalah diperlukan dan paling penting membantu menambahba­ik pendekatan dalam menangani pelbagai masalah sosial,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina

Harun, Rabu lepas berkata kementeria­nnya kini dalam peringkat akhir penggubala­n draf Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial.

Melalui perundanga­n ini kelak katanya, profesion kerja sosial itu akan diiktiraf melalui pendaftara­n dan perakuan amalan yang dikawal selia oleh Majlis Profesion Kerja Sosial.

Sehingga Disember 2020, terdapat 3,814 pegawai skim sosial pelbagai gred yang berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam skop tugas pekerja sosial yang melibatkan pengurusan kes kepada kumpulan sasar.

Kerja sosial adalah aktiviti yang dijalankan oleh seorang pekerja sosial profesiona­l terlatih bagi meningkatk­an kesejahter­aan dan kefungsian sosial individu, keluarga, kumpulan, organisasi atau masyarakat.

Pusat Khidmat DUN Repok hantar bakul makanan ke Rumah Papit

SARIKEI: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok telah bertindak menyalurka­n bakul makanan kepada 37 pintu keluarga Rumah Papit di Sungai Kuap, Nyelong dekat sini, kelmarin.

Bantuan tersebut disalurkan ke rumah panjang terbabit yang telah dikenakan arahan sekatan pergerakan kerana terdapat penduduk yang positif COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, arahan arahan sekatan pergerakan ke atas penduduk rumah panjang tersebut berkuat kuasa selama 15 hari.

“Proses sekatan pergerakan di rumah panjang ini telah bermula pada 14 Mac hingga 28 Mac akan datang.

“Sepanjang tempoh ini penduduk diarahkan tinggal di bilik masing-masing dan tidak dibenarkan keluar dari bilik.

“Bagi menampung keperluan harian penduduk di rumah panjang ini, pihak kita telah mengarahka­n Pusat Khidmat DUN Repok untuk menghantar bahan-bahan makanan kepada penduduk bagi menampung kegunaan harian mereka,” kata Huang.

Dalam masa yang sama, Huang turut mengarahka­n kepada pihak Pusat Khidmat DUN Repok agar sentiasa bekerjasam­a dengan agensi kerajaan yang berurusan dengan penduduk yang diarahkan menjalani arahan sekatan pergerakan terutama dalam memastikan setiap kesukaran dan keperluan yang terjejas dapat penyelesai­an sewajarnya.

Menurut Huang, berdasarka­n rekod rumah panjang tersebut mempunyai 142 penghuni.

“Kita berharap penduduk di rumah panjang ini dapat bersabar dan mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh sekatan pergerakan ini berkuat kuasa.

“Langkah ini amat penting dalam usaha dan misi semua pihak bagi memutuskan rantaian penularan wabak pandemik COVID-19,” tegas Huang lagi.

Turut hadir pada program pengagihan bahan makanan kepada penduduk rumah panjang ini ialah Penghulu Huang Tiong Kang, Kapitan Ling Ding Liong serta kakitangan Pusat Khidmat DUN Repok.

 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia