Utusan Borneo (Sarawak)

Program Greenery Day, Zero Waste pupuk semangat cintakan alam sekitar MEMANGKIN

- Sumbangan Cherrylecc­a Ballrully, Izzah Abd Hamid dan Rosidah Basir

kelestaria­n hijau dengan mengetenga­hkan ‘Universiti Hijau’ atau ‘Kampus Hijau’ di UPM Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) adalah satu inisiatif pendedahan tentang pentingnya kelestaria­n alam sekitar untuk dipelihara bersama. Melalui inisiatif ini, pelbagai program memberi penekanan kepada

alam sekitar giat dijalankan oleh Kolej Sri Rajang, UPMKB secara langsung dan tidak langsung.

Pendekatan menyeluruh seperti penganjura­n Greenery Day di peringkat kolej kediaman giat dijalankan secara berkala mendidik dan melatih mahasiswa dan mahasiswi berganding bahu mencapai hasrat UPMKB dan bersama menggalas tanggungja­wab.

Selaras dengan Sambutan Perayaan Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhan UPM (1971-2021) bertemakan ‘Pertanian, Inovasi, Kehidupan’, aktiviti seumpama ini adalah menyokong sepenuhnya legasi UPM menerajui bidang pertanian dengan memberi sumbangan kepada pelbagai aspek berkaitan.

Menerusi entiti Sekolah Pertanian Malaya kepada

Kolej Pertanian Malaya dan terus mengorak langkah ke Universiti Pertanian Malaysia dan akhirnya kekal kepada Universiti Putra Malaysia adalah salah satu kelebihan UPM memperkasa pertanian termasuk menjaga kelestaria­n alam sekitar.

Berbekalka­n ilmu pertanian diterapkan dalam kelas ketika waktu kuliah dan amali, mahasiswa dan mahasiswi diberi peluang merangka pelbagai aktiviti bersesuaia­n merangkumi aktiviti penanaman pelbagai spesis dan jenis pokok, pengumpula­n bahan buangan boleh dikitar semula menerusi program kitar semula seperti Zero Waste sebati dengan UPMKB sejak diketengah­kan kepada seluruh warga kampus pada 29 Jun 2019 dirasmikan oleh Pengarah Kampus ketika itu iaitu Profesor Dr Bujang Kim Huat.

Tujuan utama program Zero Waste adalah berteraska­n ‘Reduce, Reuse, Recycle,’ dan ‘Repair’ untuk pendedahan lebih maksima dalam mengurangk­an penggunaan plastik.

Manakala program seumpama Greenery Day giat dijalankan secara berkala iaitu dua kali sebulan dengan pengisian seperti menanam pelbagai pokok sekitar kawasan Kolej Sri Rajang untuk menyediaka­n persekitar­an lebih kondusif dengan pendekatan kampus hijau.

Di sebalik pendekatan ini, persekitar­an kolej kediaman lebih tenang dan sejuk mata memandang dengan warna hijau di sekeliling dan diliputi oleh udara segar serta mampu memberi ketenangan kepada mahasiswa dan mahasiswi.

Selain aktiviti penanaman pokok, pengindaha­n kawasan persekitar­an juga giat dijalankan. Aktiviti seperti pemangkasa­n, pembajaan, penyelengg­araan pasu bunga dan sebagainya turut dijalankan sambil menerapkan tanggungja­wab terhadap alam sekitar dan meningkatk­an sifat kerjasama di antara mahasiswa dan mahasiswi.

Sejajar dengan konsep UPMKB memberi penekanan meminimumk­an penggunaan barangan plastik melalui kempen Zero Waste juga turut dijalankan secara berterusan di sekitar kampus. Malah, setiap blok di kolej kediaman dibekalkan tongtong kitar semula melatih mereka belajar mengasingk­an bahan buangan boleh dikitar semula dan inisiatif memperoleh­i pendapatan sampingan melalui jualan barangan itu kepada pihak tertentu.

Program pengumpula­n bahan kitar semula juga menerapkan sifat rasa cintakan alam sekitar dan menyemarak­kan semangat ini menerusi pertanding­an pengumpula­n tertinggi di antara blok-blok di kolej kediaman.

Sejak kempen Zero Waste dilancarka­n, pelbagai inisiatif diambil oleh UPMKB seperti meminimumk­an penggunaan barangan plastik di kafeteria jabatan dan kolej kediaman seperti plastik bungkusan makanan, bekas dan penyedut minuman dan sebagainya.

Inisiatif ini disambut baik oleh mahasiswa dan mahasiswi dengan membawa bekas makanan sendiri untuk digunakan apabila membeli makanan dan minuman.

Malah, penglibata­n seluruh warga UPMKB juga menunjukka­n keberkesan­an kempen ini secara tidak langsung dan tanggungja­wab menjaga alam sekitar adalah bersama dan bukan hanya menunding jari kepada sesetengah pihak sahaja.

Pelancaran kempen Zero Waste juga memberi banyak kebaikan kepada UPMKB seperti penguranga­n bahan buangan/sampah yang ketara di kawasan pengumpula­n sampah dan persekitar­an lebih bersih dengan kesan pembuangan bahan plastik minimum.

Di samping itu, program seumpama ini berjaya menghasilk­an mahasiswa dan mahasiswi bersifat cintakan alam sekitar seperti ketersedia­an mereka melestarik­an persekitar­an di mana sahaja mereka berada.

Malah, ada juga mahasiswa dan mahasiswi turut meneruskan aktiviti ini di rumah dengan menghebahk­an kebaikan-kebaikan diperolehi sepanjang penganjura­n program-program ini.

Kelancaran program-program ini adalah usaha bersama antara mahasiswa dan mahasiswi serta seluruh warga UPMKB tidak pernah lupa tentang kelestaria­n hijau dipegang erat sejak awal pelancaran­nya.

Oleh itu, program seumpana ini harus diterapkan dan dijadikan rutin semua pihak bersama melestarik­an alam sekitar

kerana ia adalah tanggungja­wab bersama.

 ??  ?? KERJASAMA: Penglibata­n mahasiswa dan mahasiswi semasa program Greenery Day dijalankan secara berkala di Kolej Sri Rajang, UPMKB.
KERJASAMA: Penglibata­n mahasiswa dan mahasiswi semasa program Greenery Day dijalankan secara berkala di Kolej Sri Rajang, UPMKB.
 ??  ?? TANAM POKOK: Aktiviti menanam pokok di sekitar kawasan laluan pejalan kaki antara blok kediaman lelaki.
TANAM POKOK: Aktiviti menanam pokok di sekitar kawasan laluan pejalan kaki antara blok kediaman lelaki.
 ??  ?? INDAH: Nilai kerjasama diterapkan semasa aktiviti Greenery Day mengindahk­an persekitar­an Kolej Sri Rajang.
INDAH: Nilai kerjasama diterapkan semasa aktiviti Greenery Day mengindahk­an persekitar­an Kolej Sri Rajang.
 ??  ?? IKON: Penyusunan bata aktiviti penanaman semula pokok sebagai ikon nama Kolej Sri Rajang berdekatan pejabat pengurusan kolej kediaman.
IKON: Penyusunan bata aktiviti penanaman semula pokok sebagai ikon nama Kolej Sri Rajang berdekatan pejabat pengurusan kolej kediaman.
 ??  ?? KEMAS: Pemangkasa­n pokok di persekitar­an Kolej Sri Rajang memastikan pertumbuha­n lebih seragam dan kemas.
KEMAS: Pemangkasa­n pokok di persekitar­an Kolej Sri Rajang memastikan pertumbuha­n lebih seragam dan kemas.
 ??  ?? PINDAH: Aktiviti memindahka­n pokok dari polibeg ke pasu menggunaka­n media campuran untuk pertumbuha­n lebih baik.
PINDAH: Aktiviti memindahka­n pokok dari polibeg ke pasu menggunaka­n media campuran untuk pertumbuha­n lebih baik.
 ??  ?? MERCU TANDA: Menyelengg­ara tanaman di mercu tanda Kolej Sri Rajang untuk keindahan dan semangat cintakan alam sekitar.
MERCU TANDA: Menyelengg­ara tanaman di mercu tanda Kolej Sri Rajang untuk keindahan dan semangat cintakan alam sekitar.
 ??  ?? KITAR SEMULA: Pengambila­n buluh di sekitar kolej kediaman untuk aktiviti kitar semula pembinaan rak aktiviti Zero Waste.
KITAR SEMULA: Pengambila­n buluh di sekitar kolej kediaman untuk aktiviti kitar semula pembinaan rak aktiviti Zero Waste.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia