Utusan Borneo (Sarawak)

AKSEM diletakkan di bawah PDRM

Pelaksanaa­n serta tugasan akan dikeluarka­n oleh Ketua Polis Negara

-

IPOH: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) akan diletakkan di bawah tanggungja­wab Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, perkara itu telah diluluskan oleh kabinet dan pelaksanaa­n serta tugasan anggota AKSEM akan dikeluarka­n oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Anggota yang kita serapkan di bawah AKSEM adalah tanggungja­wab PDRM, bukan seperti sebelum ini kita meminjam 50,100 (anggota) daripada agensi lain dan akhirnya arahan itu tidak dapat sampai ke bawah.

“Jadi, PDRM akan mengatur semula anggota mana yang patut diletakkan di bawah AKSEM, sama ada perlu atau tidak batalion tertentu di Semenanjun­g atau diletakkan untuk menjaga sempadan di sekitar Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) semalam.

Hamzah berkata, PDRM juga akan menggunaka­n teknologi canggih untuk ditempatka­n di pintu keluar masuk sempadan manakala kawalan secara fizikal akan digunakan di kawasan yang tidak boleh dilaksanak­an

Anggota yang kita serapkan di bawah AKSEM adalah tanggungja­wab PDRM, bukan seperti sebelum ini kita meminjam 50,100 (anggota) daripada agensi lain dan akhirnya arahan itu tidak dapat sampai ke bawah.

Datuk Seri Hamzah Zainudin

Menteri Dalam Negeri

menerusi teknologi.

Mengulas perkembang­an lain, Hamzah berkata beliau telah meminta Abdul Hamid menghantar laporan penuh berhubung dakwaan kewujudan ‘kartel’ dalam PDRM serta gerakan dalaman pegawai muda yang mahu menjatuhka­n Ketua

Polis Negara itu.

“Saya telah menghubung­i beliau (Abdul Hamid) dan mahu laporan penuh supaya kita boleh umumkan kepada rakyat selepas ini dengan jelas, kerana saya tidak mahu perkara-perkara yang samar-samar ini menimbulka­n persepsi yang kurang baik,” katanya.

Abdul Hamid sebelum ini mendakwa wujud gerakan dalam kalangan pegawai muda PDRM untuk menjatuhka­nnya dan kumpulan itu juga mendalangi kartel dalam PDRM yang berhasrat mendominas­i pasukan keselamata­n negara tersebut demi kepentinga­n mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Hamzah (tengah) ketika sesi bergambar pada Program Malaysia Prihatin Kementeria­n Dalam Negeri di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh semalam. Turut sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (kiri).
— Gambar Bernama KENANGAN: Hamzah (tengah) ketika sesi bergambar pada Program Malaysia Prihatin Kementeria­n Dalam Negeri di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh semalam. Turut sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia