Utusan Borneo (Sarawak)

KPDRM berhasrat jadikan aset PDRM tarikan pelanconga­n

-

JOHOR BAHRU: Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) melalui sayap perniagaan­nya, KOP Mantap Berhad, berhasrat menjadikan kepelbagai­an aset yang dimiliki Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tarikan pelanconga­n.

Pengerusin­ya Datuk Seri Ayub Yaakob berkata, bagi menjayakan usaha itu, KPDRM yang kini mempunyai 104,000 ahli, akan bekerjasam­a dengan pelbagai pihak termasuk agensi pelanconga­n dan pengusaha hotel untuk mempromosi­kan aset-aset tersebut di peringkat domestik dan antarabang­sa.

“Sebenarnya KOP Mantap Berhad (KOP Mantap) ini mempunyai tujuh anak syarikat yang menjalanka­n perniagaan berbeza iaitu pendidikan, keselamata­n, dagangan, logistik, penerbanga­n, pelanconga­n dan pembinaan.

“Jadi dengan asas pelanconga­n yang ada, kita boleh jadikan aset-aset PDRM seperti Pusat Latihan Polis, Muzium Polis, perkakasan polis sebagai satu tarikan pelancong,” katanya pada sidang media selepas Program Lawatan Kerja KPDRM dan Kumpulan KOP Mantap ke Kontinjen Zon Selatan, di sini malam kelmarin.

Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Mazlan Lazim dan Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin.

Menurut Ayub, koperasi itu yang turut memperoleh lesen untuk menjalanka­n perniagaan persenjata­an, juga menimbang membangunk­an lapang sasar menembak untuk pelancong merasai sendiri pengalaman ‘shooting club’ secara profesiona­l.

Selain itu, Ayub berkata pihaknya juga akan berbincang dengan Suruhanjay­a Koperasi Malaysia dan agensi berkaitan bagi membolehka­n KOP Mantap menjalanka­n kerjasama dengan semua koperasi di Malaysia untuk memberi perkhidmat­an sebagai agensi pelanconga­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia