Utusan Borneo (Sarawak)

Agong kurnia surat cara pelantikan empat Hakim Mahkamah Rayuan

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah semalam berkenan mengurniak­an surat cara pelantikan kepada empat Hakim Mahkamah Rayuan pada majlis yang berlangsun­g di Istana Negara di sini.

Empat hakim berkenaan ialah hakim-hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Ghazali Cha, Datuk Seri Mariana Yahya, Datuk See Mee Chun dan Datuk Hashim Hamzah.

Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan itu turut dihadiri Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta Presiden Mahkamah

Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Ghazali sebelum ini adalah Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar (Sivil & Jenayah 1) dan pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjay­a Kehakiman mulai 1 Sept 2005 sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 5 September 2007.

Mariana pula merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (BKK 2) dan pernah menyandang jawatan

Pesuruhjay­a Kehakiman selepas pelantikan pada 1 Mac 2007, sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 14 April 2010.

Sementara itu, See yang sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bharu (Sivil 1) berkhidmat sebagai Pesuruhjay­a Kehakiman mulai 11 Mei 2010, sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 19 Februari 2014.

Hashim pula adalah Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh (Jenayah) dan pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjay­a Kehakiman mulai 1 November 2012, sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 12 Septemebr 2014. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Agong Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan bergambar bersama penerima surat cara pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan (dari kiri) Datuk Hashim Hamzah, Datuk Seri Mariana Yahya, Datuk Ghazali Cha dan Datuk See Mee Chun (kanan) selepas Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Agong Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan bergambar bersama penerima surat cara pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan (dari kiri) Datuk Hashim Hamzah, Datuk Seri Mariana Yahya, Datuk Ghazali Cha dan Datuk See Mee Chun (kanan) selepas Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia