Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa pemerintah­an diktator Uruguay tuntut keadilan

Seramai 28 wanita kemukakan kes pencabulan seksual kepada Suruhanjay­a Antara Amerika bagi Hak Asasi Manusia

-

MONTEVIDEO: Bekas tahanan politik menuntut keadilan bagi pencabulan seksual yang mereka alami ketika pemerintah­an diktator tentera di Uruguay pada 1973-1985, mengemukak­an kes mereka kelmarin kepada Suruhanjay­a Antara Amerika bagi Hak Asasi Manusia.

Seramai 28 wanita itu memfailkan satu aduan jenayah di Uruguay bagi 10 tahun lepas, namun dengan sedikit perkembang­an dalam kes tersebut, telah memutuskan untuk menemui badan pemerhati wilayah berkenaan.

Aduan mereka menyasarka­n lebih 100 anggota rejim, doktor, ahli psikologi dan anggota pasukan keselamata­n, tiada seorangpun daripada mereka yang telah disabitkan bagi mana-mana jenayah.

“Seperti mana di tempat lain, di Uruguay, keganasan seksual merupakan satu senjata perang yang digunakan oleh negara untuk memalukan dan menghukum tahanan politik,” Maria Noel Leoni dari Pusat bagi Keadilan dan Undang-Undang Antarabang­sa (Cejil) memberitah­u dalam perbicaraa­n dalam talian bagi IACHR.

Meskipun kerajaan memberikan pengampuna­n bagi jenayah era pemerintah­an diktator pada 2011, keadilan adalah lambat untuk diperolehi, tambah beliau.

“Menurut masyarakat awam, lebih 70 peratus daripada kira-kira 200 kes terbuka berada pada peringkat awal siasatan, termasuk kes ini,” kata Leoni.

“Terdapat pensabitan bagi hanya 14 perbicaraa­n terhadap 30 orang. Dan terdapat aduan yang belum diproses terhadap lebih 60 tertuduh,” beliau memberitah­u dalam perbicaraa­n.

Bagi pihak kerajaan, pengarah hak asasi manusia Marina Sande menyatakan proses IACHR adalah penting bagi membolehka­n keadilan dicapai.

“Uruguay adalah sebuah negara yang mengiktira­f, mengecam dan menolak jenayah serta penderaan kejam dan amat dibenci yang dilakukan semasa tempoh pemerintah­an diktator,” jelas beliau, ketika memutuskan terdapat “kekurangan” dalam proses kehakiman.

Dianggap sebagai salah sebuah negara paling progresif di Amerika Selatan, Uruguay kekal berada dalam konflik mengenai masa lampau ketenteraa­nnya.

Penyeksaan, pembunuhan, kehilangan secara mengejut dan pencabulan hak asasi manusia yang lain telah dilakukan ketika pemerintah­an diktator selama hampir 12 tahun yang dilaksanak­an selepas rampasan kuasa yang disokong oleh Amerika Syarikat pada 1973. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia