Utusan Borneo (Sarawak)

Perbicaraa­n rakyat Kanada ditahan di China bermula

-

DANDONG: Seorang lelaki Kanada ditahan di China selama lebih dua tahun telah dijangka akan dihadapkan dalam perbicaraa­n semalam bagi tuduhan pengintipa­n yang Kanada telah bantah sebagai “sengaja direka”, dengan hubungan antara Ottawa dan Beijing berada pada tahap paling rendah sejak beberapa dekad.

Michael Spavor adalah salah seorang daripada dua rakyat Kanada yang ditahan, dalam serangan balas yang jelas bagi penahanan oleh Kanada atas satu waran ekstradisi Amerika Syarikat (AS) terhadap eksekutif Huawei Meng Wanzhou, dan didakwa secara rasminya pada Jun lepas dengan tuduhan mengintip.

AFP melihat sebuah van polis dengan cermin gelap tiba di mahkamah di bandar timur laut Dandong pada pagi semalam, dikeliling­i oleh kira-kira 12 anggota polis ketika dipandu melepasi sekumpulan wartawan yang menunggu di luar.

Keluarga Spavor telah meminta bagi pembebasan­nya tanpa syarat, menegaskan bahawa dia tidak bersalah atas tuduhan itu.

Keluargany­a menyatakan dia hanya “seorang ahli perniagaan Kanada yang biasa yang telah melakukan perkara luar biasa bagi membina hubungan konstrukti­f” antara Kanada, China dan Korea Utara.

Jim Nickel, pegawai yang bertanggun­ggjawab bagi hal ehwal luar di kedutaan Kanada di Beijing, memberitah­u wartawan di luar mahkamah bahawa mereka berasa “kecewa dengan kekurangan ketelusan dan juga akses.”

Nickel menyatakan beliau menjangkak­an kes akan bermula pada jam 10 pagi waktu tempatan.

Sekumpulan 10 diplomat dari lapan negara lain termasuk Britain, AS, Perancis dan Australia juga telah pergi ke Dandong, dalam apa yang dikatakan oleh Nickel sebagai satu tindakan solidariti bagi Spavor dan untuk “menyatakan bantahan mereka terhadap penahanan secara semberono.”

“Kami menghargai sokongan antarabang­sa,” beliau memberitah­u wartawan.

Kementeria­n Luar Negara Kanada menyatakan kelmarin bahawa Beijing telah mengesahka­n pegawai Kanada “tidak akan diberikan kebenaran untuk menghadiri perbicaraa­n” meskipun terdapat beberapa permohonan rasmi.

Perbicaraa­n Michael Kovrig, seorang bekas diplomat, telah dijadualka­n akan bermula pada Isnin di Beijing.

Kedua-dua lelaki tersebut terputus hubungan dengan dunia luar sejak mereka ditahan.

Kunjungan konsular secara maya hanya dilakukan pada Oktober selepas kerumpanga­n selama sembilan bulan yang menurut pihak berkuasa adalah berpunca dari pandemik COVID-19.

Sistem kehakiman China mensabitka­n kebanyakan orang yang dihadapkan dalam perbicaraa­n dan dua lelaki itu berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah bagi “pengintipa­n” dan “membocorka­n rahsia negara”.

Beijing telah menegaskan penahanan dua rakyat Kanada itu mematuhi undang-undang, sementara menyifatka­n kes Meng sebagai “satu insiden yang berunsurka­n politik sepnuhnya.”

Meng, yang bapanya merupakan pengasas Huawei Ren Zhengfei, telah berada dalam perjuangan selama dua tahun menentang ekstradisi ke AS atas tuduhan firma itu telah melanggar sekatan AS ke atas Iran.

Kes mahkamahny­a di Vancouver telah memasuki peringkat terakhir dengan perbicaraa­n dijangka akan tamat pada pertengaha­n Mei, sekiranya tiada rayuan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia