Utusan Borneo (Sarawak)

TNB bantu 30,000 murid B40 sediakan kelengkapa­n sekolah

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30,000 murid daripada keluarga B40 menerima sumbangan kelengkapa­n persekolah­an daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui program Ceria Ke Sekolah (CKS) 2021.

Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata program kali ini melibatkan peruntukan RM3 juta membabitka­n 208 kawasan terpilih di seluruh negara.

“Setakat ini, CKS 2021 telah dijalankan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Pahang melibatkan 19,923 pelajar membabitka­n sumbangan bernilai RM2 juta. CKS 2021 kita beri sumbangan bernilai RM100 untuk seorang murid berbentuk kelengkapa­n sekolah seperti alat tulis, pakaian seragam, beg sekolah dan sebagainya.

“Bagi CKS Ibu Pejabat TNB, seramai 420 pelajar miskin terpilih dari tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar,

SK Bukit Pantai dan SK Bukit Bandaraya menerima sumbangan ini,” katanya kepada pemberita pada program Ceria Ke Sekolah (CKS) 2021 di sini semalam.

Mahdzir berkata ini adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) TNB sekali gus menunjukka­n hubungan erat yang terjalin antara TNB dan masyarakat melalui program seperti ini.

“Program ini akan diteruskan pada tahun hadapan cuma kita syorkan tambah untuk anak-anak pekerja TNB yang dikendalik­an Pelitawani­s sebuah pertubuhan isteri yang mana suami mereka adalah pekerja TNB.

“Sepanjang program ini dilaksanak­an sejak 2013, ramai anak-anak telah menerima sumbangan iaitu seramai 36,018 pelajar melibatkan peruntukan sebanyak RM7.5 juta,” katanya.

Mengenai sumbangan TNB sepanjang pandemik COVID-19, Mahdzir berkata

TNB telah memberikan sumbangan berjumlah RM280 juta kepada kerajaan dan hospital.

“Sebanyak RM250 juta kita serah kepada kerajaan manakala RM30 juta lagi kita bagi kepada hospital-hospital untuk mereka membeli kelengkapa­n berkaitan untuk digunakan sepanjang pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bangsar Mohd Yazid Mohd Yasin berkata sumbangan ini dapat membantu meringanka­n pelajar dari keluarga B40 khususnya ketika pandemik ini.

“Kita tahu ada ibu bapa yang kehilangan kerja dan sebagainya disebabkan pandemik ini jadi sumbangan ini memang sedikit sebanyak dapat bantu ibu bapa dari golongan B40 yang dikategori­kan sebagai miskin bandar dalam menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an anak-anak mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia