Utusan Borneo (Sarawak)

89 peratus ahli farmasi sedia disuntik vaksin

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 89 peratus ahli farmasi bersedia untuk disuntik vaksin COVID-19 menerusi Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, menurut kajian dalaman Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Presidenny­a, Amrahi Buang berkata senarai nama telah diberikan kepada Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan mereka yang terlibat boleh menghubung­i Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh negara bagi tindakan selanjutny­a.

“MPS berharap agar kerajaan dapat memanfaatk­an dan menggembel­engkan kira-kira 4,000 ahli farmasi komuniti untuk menjayakan program imunisasi dengan hasrat untuk mencapai imuniti kelompok di Malaysia terhadap wabak COVID-19 yang telah mencengkam kehidupan dan kesihatan sejak setahun yang lepas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada 12 Mac lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumka­n ahli farmasi komuniti dikategori­kan dalam senarai petugas barisan hadapan yang akan menerima vaksin COVID-19 dalam fasa pertama program imunisasi itu.

Sementara itu, MPS dalam kenyataann­ya menyeru semua ahli farmasi daripada semua sektor untuk menjadi sukarelawa­n MyVAC (Malaysia Vaccine Support

Volunteers) untuk fasa ketiga program imunisasi yang melibatkan vaksinasi secara besar-besaran.

“Fasa ketiga ini sangat memerlukan tenaga kerja yang ramai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berjumlah 605 buah di seluruh negara. Seruan ini juga turut ditujukan kepada para pelajar farmasi dan ahli akademik farmasi di seluruh negara,” katanya.

Oleh itu, MPS berharap kerajaan dapat memanfaatk­an dan menggembel­eng tenaga 20,000 ahli farmasi di Malaysia untuk menjayakan program imunisasi tersebut.

Antara peranan yang boleh dimainkan komuniti itu ialah menjalanka­n aktiviti advokasi vaksin COVID-19 di peringkat komuniti mengenai kepentinga­n vaksinasi dan ahli farmasi komuniti boleh dilatih serta diberikan tanggungja­wab untuk melakukan vaksinasi di PPV dalam fasa ketiga program imunisasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia