Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan francais perlu fokus aspek pemasaran

-

JOHOR BAHRU: Usahawan muda yang mahu dan sudah berjinak dalam perniagaan francais disarankan supaya tidak hanya memberi tumpuan kepada produk semata-mata sebaliknya turut fokus terhadap aspek lain seperti pemasaran agar sesuai dengan peredaran masa.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkara tersebut penting diambil kira kerana pemasaran dan perkhidmat­an yang efisien mampu menjadikan perniagaan sesebuah francais berdaya saing bukan sahaja di peringkat tempatan malah ke peringkat global.

“Hendak francaiska­n perniagaan, kita kena ingat ia bukan mengenai produk sahaja. Ia harus mengambil kira servis (perkhidmat­an), pemasaran dan lain-lain.

“Lihat sahaja perniagaan francais makanan segera seperti KFC dan McDonalds. Selain mementingk­an kualiti produk, sistem penghantar­an makanan dan pemasaran mereka juga amat efisien sehinggala­h rangkaiann­ya ada di seluruh pelosok dunia.

“Perkara seperti inilah yang mahu kita galakkan untuk mereka contohi,” katanya ketika berucap pada program lawatan beliau ke Almizan Satay House di Kampung Ubi, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Almizan Mohd Syarifuddi­n Misjan.

Wan Junaidi dalam pada itu menyifatka­n perniagaan Almizan Satay House sebagai satu contoh francais yang berfikiran di luar kotak kerana menggunaka­n konsep pandu lalu bagi menarik pelanggan.

“Selama ini, konsep drive-thru (pandu lalu) melibatkan makanan segera tetapi di sini, sate pun ada drive-thru, sekali gus membuktika­n produk tempatan seperti sate juga boleh diinovasik­an,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN KERJA: Wan Junaidi (kanan) cuba memberikan pesanan melalui pandu lalu bersama pemilik restoran Syarifuddi­n Misjan (dua, kiri) pada lawatan kerjanya di Al Mizan Satay Housei, Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN KERJA: Wan Junaidi (kanan) cuba memberikan pesanan melalui pandu lalu bersama pemilik restoran Syarifuddi­n Misjan (dua, kiri) pada lawatan kerjanya di Al Mizan Satay Housei, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia