Utusan Borneo (Sarawak)

PEMERKASA lonjak prestasi peniaga peruncitan dan pemborong

-

PUTRAJAYA: Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) diyakini akan melonjakka­n prestasi keseluruha­n ekosistem perdaganga­n domestik terutama kepada peniaga peruncitan, pemborong dan pengedaran.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan memaklumka­n PEMERKASA merupakan program yang melengkapk­an inisiatif sedia ada seperti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu melancarka­n PEMERKASA bernilai RM20 bilion serta suntikan fiskal baharu berjumlah RM11 bilion dengan lima fokus utama yang akan menumpukan kepada 20 initiatif strategik bagi melonjakka­n pertumbuha­n ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

Nanta berkata KPDNHEP akan terus menyokong Inisiatif Ketiga PEMERKASA iaitu Penguatkua­saan Perundanga­n Yang Ketat dan Telus bagi mengawal penularan pandemik COVID-19.

“Sehingga 13 Mac, penguatkua­sa KPDNHEP telah melaksanak­an pemeriksaa­n di 434,448 premis perniagaan di seluruh negara dengan pematuhan yang membanggak­an pada kadar 98.04 peratus,” katanya.

Beliau juga berkata KPDNHEP kini dalam perancanga­n melaksanak­an advokasi untuk peniaga di pasar utama termasuk Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah; Pasar Chowrasta di Pulau Pinang, Pasar Satok di Kuching, Sarawak serta Pasar Kraftangan di Kota Kinabalu, Sabah selari dengan Inisiatif Kesebelas dan Kedua belas PEMERKASA iaitu Automasi, Digitalisa­si dan Mengurangk­an Jurang Digital. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia