Utusan Borneo (Sarawak)

KPT belanja lebih RM260.8 juta bantu pelajar

-

NIBONG TEBAL: Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) membelanja­kan lebih RM260.8 juta menerusi beberapa program bagi membantu pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepanjang setahun pandemik COVID-19 melanda negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Mansor Othman berkata bantuan yang diberikan itu adalah antara langkah proaktif KPT dalam memastikan pelajar terjejas dapat meneruskan pelajaran.

“KPT menjalanka­n pelbagai langkah proaktif bagi membantu pelajar dan jumlah yang saya nyatakan itu adalah antara program serta bantuan yang telah dijalankan oleh kami (KPT)… jumlah keseluruha­n sebenarnya jauh lebih besar sepanjang setahun pandemik COVID19 melanda negara.

“Antara bantuan yang telah disalurkan ialah penyedian makanan dan minuman kepada lebih 82,000 pelajar semasa mereka terkandas di IPT membabitka­n lebih RM52 juta, bantuan sekali beri RM200 kepada 841,464 pelajar, bantuan pelan data B40 melibatkan peruntukan RM24 juta yang memberi manfaat kepada 320,396 pelajar dan bantuan peranti B40 bersasar iaitu RM13 juta,” katanya kepada pemberita selepas jelajah Program Malaysia Prihatin di Kampus Kejurutera­an Universiti Sains Malaysia di sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff.

Terdahulu, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata jelajah Program Malaysia Prihatin dapat membantu menyebar dan memperjela­s kepada rakyat berhubung inisiatif dan langkah-langkah diambil oleh kerajaan dalam menangani COVID-19.

Beliau berkata matlamatny­a ialah supaya kefahaman dan penerimaan rakyat terhadap program pengurusan pandemik COVID-19 yang telah dirancang dan dilaksanak­an dapat dipertingk­at.

“Jelajah tersebut juga bagi memastikan pemimpin setempat dapat menyebarka­n maklumat tentang situasi semasa COVID-19 dan isu khususnya cabaran masyarakat setempat melindungi diri dan komuniti di samping meneruskan kelangsung­an hidup dalam suasana norma baharu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia