Utusan Borneo (Sarawak)

Sebanyak RM155.3 juta telah diluluskan dalam SPiM PENJANA IPTS

-

KUALA LUMPUR: Pembiayaan berjumlah RM155.3 juta telah diluluskan kepada 25 Institusi Pengajian Tinggi Swasta melalui Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sejak ia dilancarka­n Julai tahun lepas.

Pengerusi PMB Tijari, Mohd Fauzi Rahmat berkata daripada jumlah itu RM128 juta telah disalurkan kepada IPTS yang telah mengemukak­an dokumen lengkap bagi membolehka­n pembiayaan berkenaan disalurkan.

PMB Tijari merupakan agensi perlaksana bagi SPiM PENJANA IPTS yang bertujuan membantu usahawan bumiputera yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Sejak skim berkenaan dilancarka­n, PMB Tijari telah menerima kira-kira 60 permohonan daripada IPTS dengan jumlah pembiayaan yang dipohon melebihi RM500 juta.

“Tetapi di dalam skim ini kita hanya mempunyai peruntukan RM300 juta dan hanya IPTS yang betulbetul layak sahaja dapat menerima pembiayaan ini yang hanya bertujuan menampung kos operasi.

“Pemilihan IPTS yang layak menerima pembiayaan adalah berdasarka­n kemampuan kewangan mereka dan kos operasi IPTS berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Majlis Penyampaia­n SPiM PENJANA IPTS di sini semalam.

Penyerahan pembiayaan kepada Malaysia Allied Health Sciences Academy (MAHSA), MSU Holding Sdn Bhd dan City University Malaysia semalam disaksikan oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Di majlis berkenaan MAHSA dan MSU menerima pembiayaan berjumlah RM50 juta setiap satu manakala City University Malaysia menerima pembiayaan berjumlah RM28 juta. — Bernama

 ??  ?? MOHD FAUZI
MOHD FAUZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia