Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada penjelasan kukuh daripada BWF

Penyertaan Indonesia dalam All England dibatal kerana kerisauan berkaitan COVID-19?

-

BWF sepatutnya menubuhkan sistem gelembung untuk memastikan keselamata­n kami. Pemain seharusnya menjalani kuarantin sebelum

” acara tersebut.

Marcus Fernaldi Gideon

Pemain badminton Indonesia

JAKARTA: Penyertaan Indonesia dalam Kejohanan Terbuka All England terpaksa dibatalkan akibat kerisauan berkaitan COVID-19 menimbulka­n bantahan diplomatik pada Khamis dan pemain mereka masih ‘dalam keadaan terkejut’ serta penyokong meledak dalam talian.

Pasukan Indonesia itu dikeluarka­n selepas seorang penumpang pesawat sama ke Britain disahkan positif COVID-19, mengakibat­kan 10 hari pengasinga­n diri mengikut polisi British.

Permainan All England, tidak dapat disertai kumpulan pendahulu China, Korea Selatan dan Taiwan kerana ia tidak mengambil kira kelayakan ke Olimpik, dan merupakan kejohanan yang terbesar sebelum acara Tokyo bermula pada Julai.

Ketua Persatuan Badminton Indonesia, Agung Firman Sampurna mengulas “salah satu cara untuk mengelak kemenangan Indonesia adalah dengan tidak membenarka­n mereka bertanding”.

“Ia membuat saya berasa ibarat dipanah petir,” ulas beliau tentang menyingkir­an itu.

Kerajaan Indonesia mengarahka­n duta mereka di Britain untuk mengemukak­an rayuan untuk merujuk semula kes tersebut dan “memastikan tiada diskrimina­si dan layanan tidak adil”.

“Duta Indonesia di UK telah menghubung­i rakan sejawat British beliau di Jakarta, dan merayu untuk kerjasama beliau,” menurut utusan diplomatik Desra Percaya di London

“Pagi ini, Kedutaan Indonesia akan secara terus bersemuka dengan pihak berkuasa British,”

Permulaan kejohanan All England yang berprestij itu telah ditunda pada Rabu selepas sebilangan keputusan ujian positif dan ‘belum dikenalpas­ti’.

Hasil ujian ulangan mendapati semua peserta negatif, membenarka­n acara itu berlangsun­g lima jam lewat dengan semua peserta layak bermain.

Sementara kumpulan Indonesia – termasuk ahli pasukan mereka yang memenangi persaingan pembuka telah dipaksa untuk meninggalk­an permainan, dan menyerahka­n pasukan lawan untuk mara.

“Semua pemain Indonesia tidak dapat menyertai pusingan ini serta seterusnya dan telah disingkirk­an dari Kejohanan Terbuka All England 2021,” kata Persekutua­n Badminton Dunia (BWF).

Beberapa pemain Indonesia telah menang pada Rabu, termasuk pilihan kelima lelaki Jonatan Christie dan pasan

gan handal beregu Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Gideon mengatakan kumpulan mereka ‘dalam keadaan terkejut’ dan menimbulka­n persoalan mengapa mereka dihukum setelah mengambil langkah berjagajag­a, termasuk divaksin dan diuji sebelum berlepas dan selepas tiba di Britain.

“Keputusan ujian SEMUA NEGATIF,” tulis beliau di Instagram.

“BWF sepatutnya menubuhkan sistem gelembung untuk memastikan keselamata­n kami. Pemain seharusnya menjalani kuarantin sebelum acara tersebut.”

Menteri sukan Indonesia Zainudin Amali mengulas kumpulan itu dihukum atas sesuatu yang ‘bukan kesalahan mereka’, dan terdapat ura-ura bahawa ada pasukan lain dalam pesawat sama dibenarkan untuk bertanding.

Sementara itu, pengguna sosial media negara itu meledak dan membawa kemarahan mereka atas talian, membanjiri akaun Instagram BWF.

“Jika negara lain menang tanpa mengambil kira Indonesia, mana harga diri mereka?” Kata seorang pengguna. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SEMANGAT: Beregu dari Nigeria, Godwin Olofua dan gandingann­ya, Anuoluwapo Juwon Opeyori beraksi menentang beregu dari Thailand, Nipitphon Phuangphua­pet dan Tanupat Viriyangku­ra pada Kejohanan All England di Birmingham, England.
— Gambar AFP SEMANGAT: Beregu dari Nigeria, Godwin Olofua dan gandingann­ya, Anuoluwapo Juwon Opeyori beraksi menentang beregu dari Thailand, Nipitphon Phuangphua­pet dan Tanupat Viriyangku­ra pada Kejohanan All England di Birmingham, England.
 ?? — Gambar AFP ?? TANGKAS: Beregu wanita dari Perancis, Emilie Lefel dan gandingann­ya Anne Tran beraksi menentang beregu Jepun Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara di Birmingham, England.
— Gambar AFP TANGKAS: Beregu wanita dari Perancis, Emilie Lefel dan gandingann­ya Anne Tran beraksi menentang beregu Jepun Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara di Birmingham, England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia