Utusan Borneo (Sarawak)

Momota kembali semula ke gelanggang dengan azam juarai All England

-

LONDON: Pemain nombor satu badminton dunia, Kento Momota menampilka­n kepulangan­nya selepas lebih setahun tidak bermain dengan azam memenangi Kejohanan All England pada Rabu.

Momota, 26 kembali beraksi selepas terlibat dalam kemalangan kereta dengan menewaskan Parupalli Kashyap 21-13, 22-20 dalam perlawanan pertama di Birmingham.

Ini merupakan permainan pertama beliau sejak Januari tahun lepas dan juara All England 2019 itu memberitah­u Persatuan Badminton Dunia (BWF): “Saya amat gemuruh. Sudah sekian lama saya tidak bermain. Saya tidak yakin dalam memenangi perlawanan ini, namun berjaya meraihnya dan saya sangat gembira.”

Ini ialah kejohanan antarabang­sa sulung juara dunia itu setelah kejadian yang mengakibat­kan soket matanya retak dalam kemalangan yang mengorbank­an pemandunya selepas beliau meraih kemenangan semasa Malaysia Masters pada Januari 2020.

Beliau menghadapi cabaran untuk kembali sihat sebelum Olimpik Tokyo tahun ini.

Momota terlepas peluang untuk beraksi di Thailand selepas ujian positif COVID19, lalu menyebabka­n skuad Jepun menarik diri daripada acara Bangkok itu.

Pada mulanya, pertanding­an itu ditunda selama lima jam atas kenyataan BWF menyatakan sebahagian besar keputusan ujian COVID-19 ialah ‘tidak pasti’, dan sampel diuji lagi sekali.

Keputusan uji semula itu disahkan oleh Kesihatan Awam England dengan semua peserta negatif COVID-19 dan dilepaskan untuk menyertai perlawanan itu.

All England merupakan kejohanan terakhir dalam kalendar BWF tahun lalu namun tidak dapat dilaksanak­an oleh kerana pandemik itu. — AFP

 ??  ?? MOMOTA
MOMOTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia