Utusan Borneo (Sarawak)

Watkins, Johnstone diberi peluang sertai pasukan kelayakan Piala Dunia England

-

LONDON: Ollie Watkins, penyerang Aston Villa dan Sam Johnstone, penjaga gol West Brom menerima panggilan pertama England untuk menyertai tiga pusingan kelayakan Piala Dunia.

Jurulatih England, Gareth Southgate telah menyenarai­kan nama skuad 26 pemainnya sebagai persediaan tiga pusingan melawan San Marino, Albania dan Poland.

Penyerang Leeds Patrick Bamford dirancang untuk dipanggil namun Southgate telah beralih ke Watkins, setelah menampilka­n prestasi hebat sejak menyertai Villa dari Brentford tahun lepas.

“Bamford amat hampir dipilih. Ada beberapa posisi dalam skuad ini dan pemilihann­ya amat hampir namun kami rasa kami mahukan penyerang yang lebih handal,” ulas Southgate.

“Ollie merupakan seorang pemain kami kurang berinterak­si pada masa lalu. Ia akan seronok untuk mengenalin­ya.

“Beliau masih mempunyai beberapa kemajuan untuk dibuat dalam mengenalpa­sti permainan, namun dalam musim pertamanya di Liga Perdana bersama kelab besar, beliau menunjuk prestasi yang sangat baik.”

Johnstone, yang juga menonjol selepas mengalahka­n Baggies musim ini, mendapat jemputan sulung selepas penjaga gol Jordan Pickford, pilihan pertama Southgate tercedera.

"Sam Johnstone bersama skuadnya dalam menghadapi musim sukar, telah terus menampilka­n persembaha­n yang cukup hebat. Ini merupakan peluang baik buatnya,” tambah Southgate.

Pertahanan Liverpool Trent Alexander-Arnold anehnya tidak hadir dalam skuad yang menampilka­n Luke Shaw, John Stones and Jesse Lingard yang kembali selepas tidak muncul sekian lama.

Lingard kembali selepas menarik perhatian semasa dipinjam oleh West Ham setelah berpindah dari Manchester United pada Januari.

“Kami mengalami kecederaan dalam barisan penyerang dan ini membuka peluang buat Jesse. Saya mengakui persembaha­n beliau untuk West Ham ialah cemerlang. Kami tahu beliau mampu beraksi pada tahap itu,”

“Terdapat kekosongan di situ. Kami percayakan Jesse dan berpendapa­t beliau mampu memainkan peranan besar dalam tiga perlawanan.” kata Southgate.

Stones dipanggil semula selepas sekian lama menunggu di Manchester City bermaksud pemain pertahanan tengah itu bakal turun padang untuk England buat kali pertama sejak November 2019.

Pemain tengah remaja Borussia Dortmund, Jude Bellingham juga telah dimasukkan dalam senarai sungguhpun polisi perjalanan COVID-19 di Jerman mungkin menegah penyertaan­nya.

England merasmikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 mereka menentang San Marino di padang sendiri pada Mac 25.

Perlawanan di tempat lawan menentang Albania pula tiga hari kemudian dan menjadi tuan rumah kepada Poland pada 31 Mac. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia