Utusan Borneo (Sarawak)

Rosberg pesan kepada Mick bukan mudah menjadi anak kepada bekas juara dunia F1

-

BERLIN: Nico Rosberg telah memberitah­u anak bekas juara dunia, Mick Schumacher untuk bersedia dengan liputan media besar ketika beliau membuat penampilan sulung Formula Satu minggu hadapan untuk mengikut jejak langkah bapanya Michael Schumacher.

“Bukan mudah untuk menjadi ‘anak kepada’. Dan buat Mick, ia akan menjadi 10 kali ganda lebih sukar, kerana era Michael belum lama dan kejayaan beliau lebih mahsyur,” Rosberg

Mick Schumacher, 22 tahun pada Isnin ini, akan menyertai penampilan Grand Prix beliau untuk pasukan Amerika Haas dalam perlumbaan pembuka musim ini di Bahrain pada 28 Mac.

Seletah memenangi kejohanan Formula Three Eropah pada 2018 dan Formula Two dalam 2020, Schumacher junior kini melangkah ke Formula Satu musim ini.

Pelumba German itu memikul nama yang disegani dalam sukan motor sebagai anak juara tujuh kali dunia Michael Schumacher, yang belum pernah muncul dalam khalayak ramai sejak menderita kecederaan otak akibat kemalangan ski pada 2013.

Untuk menambah tekanan itu lagi, Michael Schumacher menjuarai Grand Prix Bahrain dalam perlumbaan perdana Formula Satu beliau pada 2004.

Schumacher senior merangkul 91 kemenangan bersama Benetton dan Ferrari serta lima kejuaraan dunia sepanjang bersama pasukan merah ternama Itali itu.

Lewis Hamilton dari Britain baru sahaja melangkaui rekod kemenangan Schumacher tahun lalu dengan pelumba Mercedes itu menaruh harapan untuk meraih gelaran juara dunia kelapan musim ini.

Rosberg, telah bersara selepas dikalung juara dunia pada kejohanan Formula Satu 2016, 34 tahun selepas ayahnya Keke mendapat gelaran itu.

Nico Rosberg meramal

Schumacher akan menarik liputan media yang besar dalam tahun pertama beliau menyertai Formula Satu yang “kemungkina­n akan lebih besar daripada Lewis Hamilton” pernah lalui.

“SayaharapM­ickakan dapat mengetepik­an itu dan fokus kepada tugasnya dengan baik – kerana jika tidak ia akan merampas keseronoka­n dalam permainan.”

Jika pihak media tidak memberinya ruang untuk membiasaka­n diri dalam Formula Satu, Mick Schumacher “harus memberi masa kepada dirinya sendiri”, nasihat Rosberg.

“Kamu harus mengambil masa dan bersabar.

Lagipun, saya menunggu tujuh tahun untuk memenangi perlumbaan pertama dan sebelas tahun untuk mendapat gelaran juara dunia.” —

AFP

 ??  ?? MICK SCHUMACHER
MICK SCHUMACHER
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia