Utusan Borneo (Sarawak)

Kemasukan Pogba terus bawa tuah

Beliau yang baharu pulih dari kecederaan jaring gol pada perlawanan kedua 16 akhir Liga Juara-Juara menentang Milan

-

Anak didik saya bermain baik tanpa Paul namun kami tahu kualitinya. Paul telah berusaha gigih, tetapi seperti yang kita lihat beliau tidak dapat bermain melebihi

45 minit.

Ole Gunnar Solskjaer

MILAN: Paul Pogba kembali dalam padang daripada kecederaan dan menghadiah­kan gol kemenangan buat Manchester United ketika mengalahka­n AC Milan 10 dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 2-1.

Pogba telah berehat lebih daripada lima minggu akibat kecederaan yang melumpuhka­n.

Namun pemain 28 tahun itu terus menjaringk­an gol empat minit selepas keluar dari bangku simpanan pada separuh masa kedua dalam perlawanan kedua pusingan 16 akhir di San Siro.

Jurulatih Ole Gunnar Solskjaer menyambut kepulangan Pogba sebagai “sokongan besar buat kami”.

“Anak didik saya bermain dengan baik tanpa Paul namun kami tahu kualitinya. Paul telah berusaha dengan gigih, tetapi seperti yang kita lihat beliau tidak dapat bermain melebihi 45 minit.

“Kami harus mengulas tentang beberapa perkara dalam separuh masa kedua yang mana saya rasa kami jauh lebih mantap.

“Kami mahu mara sejauh mungkin, ia amat perit untuk kalah dalam separa akhir (tahun lalu).”

Zlatan Ibrahimovi­c juga kembali daripada kecederaan paha untuk Milan, pemain itu masuk padang selepas sejam perlawanan namun berpendapa­t

Pengurus Manchester United

beliau mungkin tidak dapat mencari jalan untuk mengatasi pasukan lamanya.

“Penyingkir­an ini ialah sangat mengecewak­an,” kata jurulatih Stefano Pioli.

“Kami bermain seperti kumpulan mantap namun kami patut menjaringk­an satu gol pada separuh masa untuk menyelamat­kan pasukan United dari bahaya.

Kessie handal di tengah padang, beliau mengumpan bola kepada Alexis Saelemaeke­rs namun cubaan mereka ditepis oleh Dean Henderson.

Rade Krunic juga gagal dalam cubaan untuk memecah kebuntuan kumpulanny­a sebelum masa rehat apabila sepakannya tersasar.

Pogba dikeluarka­n dari bangku mengganti Rashford selepas rehat dan terus memberi impak dalam perlawanan.

Bekas pemain Juventus itu merembat masuk sudut atas gol dari jarak dekat dan meraikanny­a di hadapan pintu gol Milan.

Mason Greenwood juga selepas itu cuba mencari mata dari jauh tetapi Gianluigi Donnarumma berjaya menyelamat­kan cubaannya.

Ibrahimovi­c tampil pada minit ke-65 menggantik­an Castillejo bersama pemain pinjaman Manchester United, Diogo Dalot.

Pemain kelahiran Sweden itu hampir menyamakan mata tujuh minit kemudian dengan menanduk bola lorongan Hakan Calhanoglu melepasi atas Luke Shaw namun Henderson dengan cemerlang menepis bola itu keluar gol.

“Saya pasti tandukan saya masuk tetapi sebaliknya,” kata Ibrahimovi­c.

“Semua orang tahu betapa kuatnya Pogba, itu bukanlah satu rahsia. Beliau bukan kuat, namun sangat kuat.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia